


Seperti biasa, kelas latihan di UMT telah berjalan dengan lancar semalam. Cuma kehadiran ahli mencatatkan penurunan, mungkin kerana masing - masing sibuk menyiapkan tugasan yang ada. Namun kelas latihan semalam tetap ceria seperti biasa. Seramai 11 orang menghadirkan diri iaitu 6 siswa dan 5 siswi asas dan tamat. Kelas semalam mengulang balik buah - buah yang diperlajari di peringkat asas dan jatuh supaya masing - masing dapat membuat buah dengan lebih kemas. Ada juga yang kepenatan kerana mendapat rakan latihan yang lebih besar daripadanya. Ada juga yang mendapat pendarahan di bawah kulit lepas kena kaedah A. Namun kami semua tetap bergembira semalam. Sekian laporan dari saya. Terima kasih.
Kelas latihan 29 Julai 2009 yang bertempat di Kompleks Kuliah 9 telah berjalan dengan lancar, kelas juga semakin meriah berikutan kehadiran ahli yang semakin bertambah berbanding kelas latihan pada Rabu lepas selepas cuti hari raya. Kelas latihan ini yang diketuai oleh En. Halim Che Rose selaku penyelia kelas latihan di UMT dan jugak UDM telah dibantu oleh Abang Wan dan Abang Zul. Kelas terbahagi kepada 2 iaitu kelas peringkat asas dan tamat. Untuk peringkat asas masing - masing mendapat sambungan buah asas yang seterusnya. Manakala bagi peringkat tamat pula diadakan kelas kemahiran yang turut disertai oleh ahli - ahli dari UDM. Kelas kemahiran agak meriah berikutan masing - masing mengeluh kerana tak tahan latiahn intensif yang diadakan. Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat di UMT dan Sabtu di UDM untuk menyediakan ahli untuk ujian SRP tidak lama lagi. Kelas bersurai lebih kurang pada pukul 11 malam. Akhir kata, marilah kita meramaikan lagi kelas kita. InsyaAllah untuk pengambilan ahli baru yang terdekat diharapkan bilangan ahli di UMT akan bertambah ramai. Sekian, terima kasih.
Gambar atas : Kejadian "gelang" bulan yang menjadi bualan ramai baru - baru ini.. Hayatilah kebesaran Allah S.W.T...
Assalamualaikum...
Bulan Ramadhan penuh keberkatan. Hayatilah kebesaran Allah S.W.T...
YDP, NYDP, Wani & Zahir semasa dalam proses mengagihkan uniform tamat kepada warga UMT dan UDM yang telah membuat tempahan..
Kompleks Kuliah 9 - Tempat kami semua bersilat~~
Assalamualaikum..
Nampaknya kelas latihan terakhir Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UMT sempena cuti Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung dengan jayanya. Seperti biasa, ramai ahli yang datang lewat dari jadual yang ditetapkan iaitu pada pukul 8.30am di Kompleks Kuliah 9 di UMT. Faktor kelewatan mungkin disebabkan oleh keadaan mengantuk yang biasa dialami oleh para pelajar selepas bersahur. Seramai lebih 10 orang ahli tamat menghadirkan diri termasuk tenaga pengajar. Penyelia kelas kami iaitu En. Halim Che Rose kelihatan agak sibuk kerana terpaksa bertukar - tukar antara kelas peringkat asas dan kelas peringkat tamat untuk memberikan buah. Syabas diucapkan kepada seorang ahli peringkat asas yang begitu bersemangat dan tekun untuk belajar silat sehingga terpaksa berlatih shadow kerana rakannya tidak hadir ke kelas latihan atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelas latihan pada kali ini juga menyaksikan pembayaran hutang - hutang tertunggak secara besar - besaran oleh para ahli bagi bayaran ijazah, pembelian buku teks, uniform tamat dan yuran kursus. Di akhir kelas para peserta bersalam - salamat sambil mengucapkan perkataan simbolik sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat becuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga UMT dan semoga kita dapat berjumpa lagi selepas cuti ini. Sekian..Terima kasih..
Assalamualaikum...
Kelas latihan Silat Cekak Hanafi UMT hari ini telah berlangsung di Kompleks Kuliah 9 di UMT. Kelas latihan pada pagi tadi bermula pada pukul 8.30am hingga 11.30am. Kelas latihan dihadiri seramai 8 ahli tamat dan lebih kurang 10 orang ahli asas. Suasanan di kelas latihan pada pagi tadi agak suram pada mulanya kerana hanya beberapa orang sahaja ahli menghadirkan diri, namun setelah beberapa ketika suasana kembali bertukar ceria apabila seorang demi seorang hadir ke kelas latihan. Antara faktor utama kelewatan para ahli adalah "Tak terjaga dari tidur". Bagaimanapun kelas latihan pada kali ini agak memenatkan sehingga ramai ahli tercungap - cungap keletihan. Kelas latihan pada pagi tadi turut diserikan dengan kehadiran bekas pelajar UMT iaitu saudara Hafiz. Diharapkan semangat membara para ahli dapat dikekalkan dan tahniah diucapkan kepada semua yang sanggup menghadirkan diri biarpun ramai di kalangan ahli asas berjalan kaki untuk turun ke kelas latihan. Sekian laporan dari saya, terima kasih...
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)
Dalam konteks kita sabagai umat islam, adalah wajib kita menunaikan fardhu puasa yang merupakan rukun islam yang ke -3. Sedih apabila ada segelintir umat islam kini yang memandang puaser adalah satu bebanan yang perlu ditanggung selama sebulan. Sesunggunye sahabatm setiap apa yang Allah perintahkan tidak pernah ada yang sia2. Disini suka untuk saye berkongsi satu artikal dari Bahagian Kesihatan Awam , MOH. saya ringkaskan disini,
" melalui kajian sains, didapati BERPUASA akan menurunkan kADAR GLUKOS DARAH dan TEKANAN DARAH, khasnyer tekanan darah sistolik dan juga LIPID dalam darah. antara lain puasa juga dapat menurunkan BERAT BADAN. Dalam suatu KONGRES ANTARABANGSA yg bertemakan "kesihatan dan ramadhan"di Casablanca. Morocco, 1996, pakar2 dari seluruh duniatelah membentangkan lebih kurang 50 kajian. KESEMUA KAJIAN itu mengesahkan PUASA DAPAT MENCEGAH DAN MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT YANG DIHADAPI OLEH MANUSIA (INSYAALLAH). kesimpulan dari congress ini, 4 fadhilat puaser dari konteks kesihatan yg jelas telah dibuat iaitu puaser dapat menurunkan; gula dalam darah, tekanan darah, lipid dalam darah dan obesiti. Samada kita sedar atau tidak, keempat2 penyakit ini adalah penyakit utama dunia kini. SUBHANALLAH..betapa Sayangnya ALLAH pada kiter"
dalam bulan ramadhan juga, sunat seperti memperbanyakkan membaca al-quran ( hari bukan ramadahn pun jgn luper bacer!) dan bertarawikh. dari sudut psikologi nyer, bacaan al-quran dapat meningkatkan daya ingatan dan ketenangan jiwa. dan solat tarawikh pulak dalam satu kajian, mampu membakar rata2 10 kalori tenaga setiap rokaat disamping meningkatkan kesihatan otot , tulang dan sendi. SUBHANALLAH.
Sebagai penutuppintar hanafi 1, renugkanlah bersama sebuah hadith betaraf hasan sahih ini,
Rasulullah saw bersabda:
maksudnya" berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa2 dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga"
continuee...pintar hanafi 2..
sebarang pembetulan atau komen sangat dialu2kan..
post by: asrar_insan
Penuh kesetiaan dan perpaduan
Kita junjung hasrat semua
Kepada guru, ibu dan bapa
Jasamu tetap dikenang
Kita menjaga keselamatan diri
Penuh semangat yang suci
Dengan asuhan jasmani dan rohani
Itulah amalan kami
Kita bersatu bicara benar
Tindak dengan bijaksana
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Peneraju warisan mutlak
Kita berani dan beramanah
Mendukung wawasan mulia
Seni budaya pusaka kita
Untuk bangsa, agama dan negara
Assalamualaikum semua...
Saya dah letakkan video klip lagu rasmi Silat Cekak Hanafi iaitu Peneraju Warisan Mutlak kat sini. Diharapkan semua ahli dapat menghafal dan menghayati dengan fasih lagu ini kerana ianya akan membuatkan kita lebih bersemangat dan menyayangi persatuan Silat Cekak Hanafi ini. Memang la agak susah mula - mula nak hafal, tapi dulu saya hafal dalam masa 30 minit je. Lagu ni ringkas sangat, kalau kira betul - betul ada 1 minit 30 saat je. Mula - mula saya nak letak lagu je n bukan video tp disebabkan video ni ada sekali dengan lirik jadi lebih senang untuk para ahli menghafalnya. Lagu ni ada banyak maksud tersirat tau, mula - mula dapat hafal tu memang la xada rasa ape tau, nanti bila dah fasih n dapat hayati semua makna kita akan bangga dengan perjuangan kita ini.
Jom kita hafal k, nanti kita nyanyi lagu ni sama - sama kalau ada kesempatan. Kita nyanyi ramai - ramai sebagai satu kumpulan yang penuh bersemangat... ok!!!!
Assalamualaikum...
Alhamdulillah kelas latihan kita pada petang tadi iaitu pada 12 Ogos 2009 bertempat di bawah perpustakaan UMT telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih kurang 20 orang menghadiri kelas latihan tersebut. Ahli lelaki lebih kurang 10 orang dan begitu juga ahli perempuan. Apa yang menarik hari ini ialah kelas latihan semakin meriah dengan kehadiran ahli yang agak ramai berbanding sebelumnya di mada ada ahli yang tidak turun latihan dan sebagainya. Dapat disaksikan juga semangat ahli peringkat asas begitu kuat untuk mempelajari silat ini sehingga menjadi over excited dan tidak sabar - sabar untuk membuat buah yang dipelajari rakan mereka dalam latihan. Diharapkan semangat positif begini dapat berterusan demi memantapkan lagi kedudukan Silat Cekak Hanafi di Universiti Malaysia Terengganu ini.
Hari ini ahli asas mendapat asas Buah Pertama dan asas Keputusan Gayung Fatani dari penyelia kelas kita iaitu Abang Halim. Walaupun pergerakan kebanyakan ahli masih lagi agak janggal kerana masih belum membiasakan diri dengan pergerakan silat namun telah banyak perubahan dapat disaksikan dari pergerakan mereka berbanding sebelum ini. Tahniah diucapkan atas semangat perjuangan yang ditunjukkan. Sekian dari saya, terima kasih.
**** Kelas latihan hari ini adalah yang terakhir pada minggu ini, UMT akan bercuti selama seminggu dan kelas latihan akan disambung selepas cuti, semoga semua ahli sentiasa dalam perlindungan dan keredhaan Allah S.W.T, amiin... Selamat bercuti, nanti kita jumpa lagi *****
Perhatian : Gambar Di Atas Sekadar Hiasan, Bukannya Gambar Kelas Latihan Semalam.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Kelas latihan kita semalam telah berjalan dengan lancar sekali.. Kelas latihan yang bertempat di Kompleks Kuliah 9 tetap dihadiri ramai ahli sama ada ahli tamat mahupun ahli asas walaupun lokasi itu agak sukar dicari dan dalam keadaan hujan renyai - renyai. Saya tidak sempat mengira jumlah ahli yang hadir semalam tetapi saya anggarkan lebih 20 orang ahli perempuan dan lelaki yang menghadirkan diri semalam. Aktiviti pertama yang diadakan sebaik sahaja memasuki kelas latihan adalah mengalihkan semua kerusi ke tepi dinding. Kali ini kami tidak mengangkat dan memasang matress kerana kami mengadakan latihan di atas karpet. Kelas latihan semalam menyaksikan ahli - ahli asas yang baru mendapat 2 lagi kaedah iaitu C dan D dari Abang Halim iaitu penyelia kelas latihan di UMT dan UDM. Masing - masing begitu tekun untuk mendapat buah yang seterusnya walaupun masih ada lagi ahli asas yang belum membiasakan diri dengan cara tumbukan yang biasa digunakan. Manakala bagi ahli tamat pula, mereka mendapat sebahagian habuan besar yang ditunggu - tunggu sebelum ini iaitu kaedah - kaedah tamat. Masing - masing begitu bersemangat untuk mendapatkannya sehinggalah perasaan itu bertukar menjadi berdebar - debar dan diakhiri dengan beberapa kecederaan ringan dan kepuasan hati setiap ahli tamat. Bagi ahli tamat mereka telah mendapata keputusan "Elak kena, tangkis makan", keistimewaan Silat Cekak Ustaz hanafi iaitu bila Cekak Hanafi menyerang jika musuh mengelak pasti kena dan jika musuh menangkis pasti dimakannya..
Tahniah diucapkan kepada semua ahli sama ada asas dan tamat kerana sanggup datang ke kelas latihan walaupun agak jauh dan dalam keadaan hujan. Diharapkan kita semua dapat mengekalkan semangat sebegini. Dan pastikan kita tidak malas untuk ke kelas latihan walaupun sebahagian ahli sudahpun sampai ke peringkat tamat, banyak lagi yang perlu dipelajari. Dan jika anda menyangka anda sudah lengkap maka anda akan rugi.. Sekian terima kasih...
Hidup Cekak Hanafi UMT!!!
Dipost oleh : Zahir
Assalamualaikum...
Petang ini merupakan kelas pertama bagi ahli2 baru ijazah asas di UMT. Seperti biasa kelas latihan diadakan di bawak perpustakaan UMT.... Seramai 13 orang menghadirkan diri hari ini termasuk Halim dari UDM untuk menggantikan tempat Abg Halim iaitu penyelia kelas yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari ini. Seramai 4 orang ahli asas lelaki, 3 orang ahli asas perempuan, dan 5 orang ahli tamat lelaki menyertai kelas latihan tersebut. Masing2 mendapat Kaedah A dan Kaedah B dari Halim.. Pada kelas berikutnya, kelas latihan akan diadakan di KK9 iaitu pada hari Jumaat malam nanti... Ahli - ahli yang tidak menghadirkan diri pada hari ini diharap dapat menghadirkan diri pada kelas yang berikutnya...
Kesimpulan pada kelas kali ini :
Marilah kita renungkan ungkapan yang saya dengar dari Abang Abu Huzaifah (bekas setiausaha agung SCH), tetapi saya tidak pasti sama ada beliau mengambil ungkapan ini dari orang lain, cuma yang penting kita dapat memahami maksud yang tersirat dalam ungkapan ini : Silat ialah menggerakkan dua tangan dan dua kaki dengan akal yang waras dan hati yang tenang.
Sekian, terima kasih..
Dipost oleh : Zahir
Gambar bawah - Bekas YDP UDM Shafrizal (kiri) dan bekas YDP UMT Muadz (kanan)
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah pada 31 Julai 2009 baru - baru ini telah berlangsung dengan jayanya majlis ijzah asas dan tamat Silat Cekak Hanafi antara 2 buah universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Majlis bertempat di blok Othman di UDM. Antara yang hadir adalah penyelia kita iaitu En. Halim bin Che Rose, Guru Utama Silat Cekak Hanafi iaitu En. Marui@Marwi bin Latif atau dikenali sebagai Abang Joe, beberapa orang dari ibu pejabat Silat Cekak Hanafi, Abang Wan serta ahli - ahli tamat yang lain, serta ahli - ahli baru dan ahli - ahli yang bakal tamat. Seramai 65 orang dari UDM menyertai Ijazah Asas dan 21 orang menyertai Ijazah Tamat manakala 10 orang dari UMT menyertai Ijazah Asas dan 4 orang menyertai Ijazah Tamat. Ijazah kali ini menyaksikan bilangan kemasukan dan tamat tertinggi sejak beberapa tahun lalu. Ini membuktikan Silat Cekak Hanafi kembali mendapat keyakinan dari ramai orang untuk menyertainya. Diharapkan zaman "sepi" di mana sangat kurang ahli baru menyertai Silat Cekak Hanafi pada setiap ijazah sudah berakhir. Ayuh kita kukuhkan kembali perjuangan kita, majulah Silat Cekak Hanafi untuk semua!!
Kepada adik - adik baru kita selamat datang diucapkan, dan perlu diingat kita adalah bersaudara, jadi berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tiada perasaan pilih kasih di antara kita, kita semua adalah sama. Kami sangat mengalukan - alukan kedatangan anda ke Silat Cekak Hanafi. Selamat berjuang diucapkan kepada anda semua. Pesanan dari saya, kalau nak balajar dan mengadili Silat Cekak Hanafi ini sila la belajar sampai tamat dahulu, insyaAllah jika anda diberi hidayah dari Allah, anda akan nampak keindahan seni silat ini, bukan dari sudut luaran sahaja, tetapi yang paling penting dari sudut dalaman sekali. Nanti sesapa yang dah mula terbuka hatinya utk silat ni sila jawab sambung ayat ni ye "Kita bersilat bukan sekadar silat, ..........................................." .
Apa yang penting.. Datang ke setiap kelas latihan yang diadakan untuk belajar silat, bukan untuk training sebab kita boleh training sendiri di rumah atau di mana - mana sahaja. Anda akan jumpa benda baru dalam setiap kelas latihan yang anda tak akan dapat bila training sendiri. Satu lagi yang penting adalah aspek kerjasama dan semangat setia kawan. Jadi diharapkan kita dapat menerapkan nilai - nilai murni ini dalam diri kita.
Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli baru yang memilih untuk menyertai Silat Cekak Hanafi ini, saya berharap anda semua dapat ke peringkat tamat, jadikannya salah satu dari cita - cita anda.
Sekian dari saya, terima kasih.
Dipost oleh - Zahir
Assalamualaikum...
Hari ini kelas tambahan diadakan untuk ahli Silat Cekak Hanafi UMT yang akan ijazah tamat pada esok. Kelas hari ini diadakan bertujuan untuk menghabiskan semua buah potong yang dipelajari oleh ahli - ahli yang tertinggal buah potong pada kelas sebelumnya. Alhamdulillah walaupun hari hujan ramai yang turun untuk ke kelas latihan. Naib Yang Dipertua kita iaitu Farah begitu bersemangat untuk mengajar ahli - ahli supaya semua ahli dapat menghabiskan buah potong untuk mengambil ijazah tamat. Tahniah diucapkan untuk NYDP kita itu. Seperti biasa hari ini bilangan mattress yang digunakan adalah 16 keping untuk 10 orang ahli iaitu 2 lelaki dan 8 perempuan. Walaupun masing - masing agak terkejut kerana mendapat semua buah secara mendadak namun mereka masih dapat mengikuti segala buah yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli yang menghadirkan diri.. Apa yang penting... kerjasama.. Apa yang penting... kerjasama. Begitulah pentingnya hubungan yang akrab sesama ahli. Marilah kita sama - sama menaikkan martaat Silat Cekak Hanafi. Sekian, terima kasih...
Hayatilah kata2 berikut, pesan NYDP SCH UMT : "Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai" (cuba fikirkan apa kegunaan semua buah di peringkat potong, dan kaitkan dengan kata2 di atas)
Dipost oleh : Zahir
Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ini kita berjaya melangsungkan kelas latihan kita seperti biasa dan tanpa sebarang halangan. Latihan hari ini bertempat di bawah perpustakaan UMT. Seramai 14 orang menghadirkan diri iaitu 4 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Semua yang hadir ini mendapat semua buah di peringkat potong, namun disebabkan menerima banyak buah secara mendadak, ada yang tidak mampu mengingat dan menpraktikkannya. Seperti biasa, kelas kali ini membincangkan tentang majlis ijazah, kutipan bayaran untuk ijazah tamat dan cara pengangkutan ahli. Diharapkan lebih ramai ahli dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan kelas latihan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Pesanan : kepada sesiapa yang ingin training extra untuk buah potong sila hadirkan diri ke tempat latihan biasa di bawah perpustakaan pada petang esok.
Dipost oleh : Zahir
Assalamualaikum.. Semalam telah berlangsung majlis penerangan untuk pengambilan ahli baru di UDM pada 25 Julai 2009. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Penyelia kelas kita iaitu Abang Halim tidak daoat menghadirkan diri berikutan isterinya bersalin dan mendapat puteri perempuan, tahniah untuk Abang Halim. En. Jaferee Lee bin Ariffin dari Kemamam yang kebetulan ada di Kuala Terengganu kerana mengadili pertandingan Silat Cekak Hanafi di sekolah di Setiu dijemput untuk memberi penerangan kepada bakal - bakal ahli baru Silat Cekak Hanafi. Namun masih tidak dapat dipastikan berapa orang ahli baru UMT yang datang ke majlis ijazah di UDM semalam kerana masih belum mendapat maklumat lanjut dari exco - exco berkaitan. Majlis semalam menjadi agak kelam kabut apabila ada di antara tetamu membuka soalan - soalan panas namun dapat di cover dengan baik oleh Abang Jaferee. Seperti biasa, majlis penerangan semalam turut disertakan dengan demonstrasi dari beberapa orang ahli SCHUMT n SCHUDM untuk menarik minat tetamu untuk mempelajari seni silat orang Melayu ini. Turut diadakan adalah demo papan sekeping yang dijayakan oleh Shaf dari UDM dan beberapa orang crook yang sangat familiar. Harap maaf, video tidak dapat diupload berikutan masalah connection, mungkin ahli lain akan update video nanti.. Sekian, terima kasih.
Dipost oleh : Zahir
Hari ini beberapa orang ahli Silat Cekak Hanafi dari Universiti Malaysia Terengganu telah ke UDM untuk menjalani latihan bersama untuk menghabiskan buah di peringkat potong. Alhamdulillah, diharapkan hubungan SCHUMT dan SCHUDM akan bertambah rapat dah berkekalan. Antara perkara yang dibincangkan tadi adalah berkenaan majlis penerangan yang akan diadakan malam esok di UMT dan malam lusa di UDM. Antara perkara lain yang turut disentuh adalah berkenaan majlis ijazah tamat. Dan disepakati juga tadi bahawa ahli - ahli demonstrasi yang terlibat mengadakan demonstrasi di UDM baru - baru ini akan terlibat kembali pada demonstrasi untuk majlis penerangan yang akan diadakan. Nantikan aksi - aksi dari kami. Semangat!! Semangat!! Sekian, terima kasih.
Dipost oleh - Zahir
Kelas latihan 29 Julai 2009 yang bertempat di Pantai Tok Jembal telah berjalan dengan "agak lancar". Apa yang dimaksudkan dengan "agak lancar" di sini ialah kelas latihan terpaksa dibatalkan berikutan keadaan hujan renyai - renyai yang melanda sekitar Kuala Terengganu beberapa hari ini. Kelas latihan yang sebenar terpaksa diadakan di bawah perpustakaan UMT, namun disebabkan di situ diadakan pameran oleh pihak UmT maka kelas latihan terpaksa diadakan di lokasi lain. 7 orang menghadirkan diri semalam iaitu Abang Halim (penyelia kelas latihan), saya, Muaz, Amir dan 3 orang lagi ahli perempuan. Kelas latihan semalam bertukar kepada perbincangan tentang lokasi kelas seterusnya, majlis penerangan, ijazah dan beberapa isu berbangkit. Kelas bersurai pada pukul 6 petang. Akhir kata, marilah kita meramaikan lagi kelas kita. InsyaAllah untuk pengambilan ahli baru yang terdekat diharapkan bilangan ahli di UMT akan bertambah ramai. Sekian, terima kasih.
Dipost oleh -Zahir-
Assalamualaikum w.h.b, bersyukur ke hadrat Illahi ats nikmat iman & islam kpd kita smua.semoga kita semua sentaisa di cucuri rahmat & barokah dari Nya. Pertama skali sy Muhammad Syahri bin Buang ingin memohon maaf atas kesulitan & kesalahan sy sebelum ini. harap kesalahn ini menjadi iktibar kpd sy.
InsyaAllah...
sy hanya ingin menyatakan 1 perkara shj iaitu mari lh kita semua bersama-sama berganding bahu, mempunyai 1 pemikiran yg sama & mematlamat kn 1 tujuan yg akan menaikkn nama Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaysia Terenganu & juga menjadi pengalaman terindah lg berhrga.
Jika salah seorang antara kita terpesong sedikit pemikirannya,maka sy harap kita bertegur & membetulkn keadaan.masalah boleh selesai dgn cara yg betul.sesungguh nya manusia itu alpa & sentiasa melakukan kesilapan.Jadi marilh smua ahli PSSCUH UMT tidak kira ahli lama atau baru, berkerjasama & berusaha & memberi 100% komitmen dlm melakukan segala perkara yg berkaitan dgn PSSCUH. Mudah2an Allah membalas jasa kita semua...InsyaAllah
Jika ada idea utk menaikkn PSSCUH UMT atau kerumitan, sy sudi mendgrnya.kita boleh bincang.. no hal... ape2 information bleh msg atau call no sy 019-5579295 @ facebook "Bro Syah"
1 PEMIKIRAN, 1 TUJUAN
Wasalam dr diri yg lemah...
- Makluman mengenai Kelas latihan semester September 2011/2012. Latihan akan diadakan di Foyer Library dlm 2 kali seminggu. masa yang ditetapkan adalah pukul 8.30-11.00mlm,insyaAllah. Minta kita dpt memaklumkan kpd ahli2 yg lain mengenai kelas latihan agar sama2 menimba ilmu bermanfaat.Latihan akn bermula seperti biasa pada hari Rabu dan Jumaat.seberang perunahan akan dimaklumkan. Harap Maklum. sebarang pertanyaan boleh diajukan pada exco persatuan-admin-
- Para ahli digalakkan menghafal lagu rasmi kita iaitu Peneraju Warisan Mutlak supaya secara tidak langsung dapat menambahkan perasaan cinta kepada persatuan, meningkatkan semangat juang dan setia kawan. Tapi anda tidak dipaksa untuk menghafalnya, cuma sangat digalakkan, jadi adalah lebih baik anda menghafalnya dengan ikhlas dan bukannya dengan paksaan. Saya dah letakkan video klip lagu itu di post blog ini, jika tiada sila klik di SINI
-Kepada ahli baru PSSCUH UMT, sila bawa senarai mata pelajaran buah agar dpt menyenangkan urusan jurulatih dan tidak menimbulkan kesulitan semasa latihan.