Khamis, 13 Ogos 2009

Kelas Latihan 12 Ogos 2009


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kelas latihan kita pada petang tadi iaitu pada 12 Ogos 2009 bertempat di bawah perpustakaan UMT telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih kurang 20 orang menghadiri kelas latihan tersebut. Ahli lelaki lebih kurang 10 orang dan begitu juga ahli perempuan. Apa yang menarik hari ini ialah kelas latihan semakin meriah dengan kehadiran ahli yang agak ramai berbanding sebelumnya di mada ada ahli yang tidak turun latihan dan sebagainya. Dapat disaksikan juga semangat ahli peringkat asas begitu kuat untuk mempelajari silat ini sehingga menjadi over excited dan tidak sabar - sabar untuk membuat buah yang dipelajari rakan mereka dalam latihan. Diharapkan semangat positif begini dapat berterusan demi memantapkan lagi kedudukan Silat Cekak Hanafi di Universiti Malaysia Terengganu ini.

Hari ini ahli asas mendapat asas Buah Pertama dan asas Keputusan Gayung Fatani dari penyelia kelas kita iaitu Abang Halim. Walaupun pergerakan kebanyakan ahli masih lagi agak janggal kerana masih belum membiasakan diri dengan pergerakan silat namun telah banyak perubahan dapat disaksikan dari pergerakan mereka berbanding sebelum ini. Tahniah diucapkan atas semangat perjuangan yang ditunjukkan. Sekian dari saya, terima kasih.

**** Kelas latihan hari ini adalah yang terakhir pada minggu ini, UMT akan bercuti selama seminggu dan kelas latihan akan disambung selepas cuti, semoga semua ahli sentiasa dalam perlindungan dan keredhaan Allah S.W.T, amiin... Selamat bercuti, nanti kita jumpa lagi *****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan