Sabtu, 8 Ogos 2009

Kelas Latihan 8 Ogos 2009


Perhatian : Gambar Di Atas Sekadar Hiasan, Bukannya Gambar Kelas Latihan Semalam.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Kelas latihan kita semalam telah berjalan dengan lancar sekali.. Kelas latihan yang bertempat di Kompleks Kuliah 9 tetap dihadiri ramai ahli sama ada ahli tamat mahupun ahli asas walaupun lokasi itu agak sukar dicari dan dalam keadaan hujan renyai - renyai. Saya tidak sempat mengira jumlah ahli yang hadir semalam tetapi saya anggarkan lebih 20 orang ahli perempuan dan lelaki yang menghadirkan diri semalam. Aktiviti pertama yang diadakan sebaik sahaja memasuki kelas latihan adalah mengalihkan semua kerusi ke tepi dinding. Kali ini kami tidak mengangkat dan memasang matress kerana kami mengadakan latihan di atas karpet. Kelas latihan semalam menyaksikan ahli - ahli asas yang baru mendapat 2 lagi kaedah iaitu C dan D dari Abang Halim iaitu penyelia kelas latihan di UMT dan UDM. Masing - masing begitu tekun untuk mendapat buah yang seterusnya walaupun masih ada lagi ahli asas yang belum membiasakan diri dengan cara tumbukan yang biasa digunakan. Manakala bagi ahli tamat pula, mereka mendapat sebahagian habuan besar yang ditunggu - tunggu sebelum ini iaitu kaedah - kaedah tamat. Masing - masing begitu bersemangat untuk mendapatkannya sehinggalah perasaan itu bertukar menjadi berdebar - debar dan diakhiri dengan beberapa kecederaan ringan dan kepuasan hati setiap ahli tamat. Bagi ahli tamat mereka telah mendapata keputusan "Elak kena, tangkis makan", keistimewaan Silat Cekak Ustaz hanafi iaitu bila Cekak Hanafi menyerang jika musuh mengelak pasti kena dan jika musuh menangkis pasti dimakannya..

Tahniah diucapkan kepada semua ahli sama ada asas dan tamat kerana sanggup datang ke kelas latihan walaupun agak jauh dan dalam keadaan hujan. Diharapkan kita semua dapat mengekalkan semangat sebegini. Dan pastikan kita tidak malas untuk ke kelas latihan walaupun sebahagian ahli sudahpun sampai ke peringkat tamat, banyak lagi yang perlu dipelajari. Dan jika anda menyangka anda sudah lengkap maka anda akan rugi.. Sekian terima kasih...

Hidup Cekak Hanafi UMT!!!

Dipost oleh : Zahir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan