Jumaat, 4 September 2009

Kelas Latihan 4 September 2009


Assalamualaikum...

Kelas latihan Silat Cekak Hanafi UMT hari ini telah berlangsung di Kompleks Kuliah 9 di UMT. Kelas latihan pada pagi tadi bermula pada pukul 8.30am hingga 11.30am. Kelas latihan dihadiri seramai 8 ahli tamat dan lebih kurang 10 orang ahli asas. Suasanan di kelas latihan pada pagi tadi agak suram pada mulanya kerana hanya beberapa orang sahaja ahli menghadirkan diri, namun setelah beberapa ketika suasana  kembali bertukar ceria apabila seorang demi seorang hadir ke kelas latihan. Antara faktor utama kelewatan para ahli adalah "Tak terjaga dari tidur". Bagaimanapun kelas latihan pada kali ini agak memenatkan sehingga ramai ahli tercungap - cungap keletihan. Kelas latihan pada pagi tadi turut diserikan dengan kehadiran bekas pelajar UMT iaitu saudara Hafiz. Diharapkan semangat membara para ahli dapat dikekalkan dan tahniah diucapkan kepada semua yang sanggup menghadirkan diri biarpun ramai di kalangan ahli asas berjalan kaki untuk turun ke kelas latihan. Sekian laporan dari saya, terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan