Ahad, 13 September 2009

Kelas Latihan 11 September 2009

Bulan Ramadhan penuh keberkatan. Hayatilah kebesaran Allah S.W.T...

YDP, NYDP, Wani & Zahir semasa dalam proses mengagihkan uniform tamat kepada warga UMT dan UDM yang telah membuat tempahan..


Kompleks Kuliah 9 - Tempat kami semua bersilat~~

Assalamualaikum..

Nampaknya kelas latihan terakhir Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UMT sempena cuti Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung dengan jayanya. Seperti biasa, ramai ahli yang datang lewat dari jadual yang ditetapkan iaitu pada pukul 8.30am di Kompleks Kuliah 9 di UMT. Faktor kelewatan mungkin disebabkan oleh keadaan mengantuk yang biasa dialami oleh para pelajar selepas bersahur. Seramai lebih 10 orang ahli tamat menghadirkan diri termasuk tenaga pengajar. Penyelia kelas kami iaitu En. Halim Che Rose kelihatan agak sibuk kerana terpaksa bertukar - tukar antara kelas peringkat asas dan kelas peringkat tamat untuk memberikan buah. Syabas diucapkan kepada seorang ahli peringkat asas yang begitu bersemangat dan tekun untuk belajar silat sehingga terpaksa berlatih shadow kerana rakannya tidak hadir ke kelas latihan atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelas latihan pada kali ini juga menyaksikan pembayaran hutang - hutang tertunggak secara besar - besaran oleh para ahli bagi bayaran ijazah, pembelian buku teks, uniform tamat dan yuran kursus. Di akhir kelas para peserta bersalam - salamat sambil mengucapkan perkataan simbolik sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat becuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga UMT dan semoga kita dapat berjumpa lagi selepas cuti ini. Sekian..Terima kasih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan