Khamis, 17 Disember 2009

Dalam Diam Besi Berkarat, Dalam Diam Ubi Berisi


**Video demo di atas adalah hak milik SCHUM dan saya meletakkannya di sini untuk tujuan promosi sahaja**

Saksikan video demo SCHUM yang saya dapat dari Youtube tentang demonstrasi dari SCHUM. Perhatikan bagaimana setiap langkah gerak yang digunakan untuk mempertahankan diri dan perhatikan betapa halusnya seni yang digunakan untuk melakukan pergerakan yang sedemikian. Ramai orang beranggapan bahawa sebarang silat adalah "slow", lembab dan pelbagai lagi tanggapan negatif. Sedangkan kebanyakan silat yang wujud sekarang tidaklah pula sebegitu negatif. Berbalik kepada Silat Cekak Hanafi, setiap langkah geraknya adalah sangat halus dari segi seninya dan dapat dibuktikan dan dijelaskan dari segi saintifik. Disitulah letaknya keistimewaan Silat Cekak Hanafi ini. Dari segi kelajuan pergerakan pula memang tidak dapat disangkal lagi Silat Cekak Hanafi menggunakan kaedah - kaedah mempertahankan diri yang sangat ringkas, efektif, cepat dan berbahaya. Ianya sudah terbukti mampu digunakan untuk mempertahankan diri dari sebarang ancaman dengan izin Allah S.W.T.

Ramai orang sering bertanya "Adakah saya perlu seorang yang kuat dan aktif dari segi fizikal untuk belajar Silat Cekak Hanafi?". Sebenarnya semua ini hanyalah satu anggapan yang salah. Segala kaedah mempertahankan diri yang diajar semuanya tidak memerlukan kekuatan luar biasa untuk menewaskan musuh. Disebabkan setiap kaedah yang sangat ringkas dan efektif kita mampu untuk mempertahankan diri walaupun musuh itu berbadan sasa, tegap, bersenjata dan kelihatan ganas. Kata orang "Kalau mampu bawa bakul untuk belli sayur dipasar bermakna anda mampu untuk belajar Silat Cekak Hanafi" . Begitulah perumpamaannya yang bermaksud sesiapa sahaja mampu untuk belajar silat ini untuk mempertahankan diri.

Dan ramai juga orang bertanya "Kenapa Silat Cekak Hanafi tak menyertai pertandingan seni mempertahankan diri seperti olahraga dan sebagainya?".. Untuk pengetahuan anda Silat Cekak Hanafi adalah silat yang hanya digunakan untuk mempertahankan diri dan bukannya silat yang boleh dipertandingkan. Ini kerana setiap kaedah yang digunakan untuk mempertahankan diri mampu untuk membunuh walaupun kaedah itu nampak ringkas sahaja. Semua kaedah mempertahankan diri yang diajar dalam Silat Cekak Hanafi akan diakhiri dengan keputusan sama ada pengsan, patah atau mati. Saya bukannya ingin bermegah - megah namun itulah kenyataannya dan memang dapat dibuktikan.

Sering juga orang beranggapan bahawa semua silat mengandungi unsur - unsur khurafat. Sebenarnya bukan semua begitu. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Begitulah perumpamaannya. Silat Cekak Hanafi tidak mengandungi sebarang unsur - unsur khurafat dan mensyirikkn Allah S.W.T. Sebaliknya dalam setiap aspek pembelajaran silat ini menekankan tentang kepentingan akidah dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Jika kita rasa kita sudah berkuasa bagaimana jika kita dalam keadaan sebenar kita diancam dgn musuh yang ingin mengancam nyawa kita.. Walau kita sudah mahir silat sekalipun tapi jika Allah S.W.T tidak mengizinkan kita tidak mampu mengguna pakai apa yang telah kita pelajari selama ini.

Dalam video demonstrasi di atas hanya ditunjukkan kaedah - kaedah mempertahankan diri yang asas. Masih ada buah rahsia yang merbahaya dan efektif yang tidak dapat ditunjukkan di khalayak ramai kerana ketinggian nilai seni kaedah - kaedah mempertahankan diri dalam Silat Cekak Hanafi. Untuk mempelajarinya anda haruslah menyertai Silat Cekak Hanafi terlebih dahulu.

Pengambilan ahli baru di Kuala Terengganu khususnya di UMT dan UDM akan berlangsung pada 15 Januari 2010 ini jika tiada sebarang masalah. Untuk sebarang pertanyaan atau yang berminat sila tinggalkan komen di post ini. Sekian terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan