Selasa, 29 Disember 2009

Tanda - Tanda Telah Hampir Kiamat


** Gambar hanyalah sebagai perhiasan**

Assalamualaikum.. Kali ini saya nak berkongsi artikel yang saya dapat dari internet. Kali ini berkenaan tanda - tanda bahawa telah hampir kiamat. Sama - samalah kita membaca dan menghayatinya..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’ Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.’- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’ - Sahih Muslim

~ dah nampak dah… profesion tertua di dunia telah berleluasa tanpa sempadan

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)
& penyanyi² wanita’ - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid’ - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.’ - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Adakah disekeliling kita ada yang tak bertegur sapa … renungkanlah….
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
ada kawan memfitnah & mengumpat kawan sendiri pasal
nak memburukkan org tu sehingga putus sahabat…

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan
ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia’ - Riwayat Thabrani


 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.’ - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…standard practice zaman ni…?

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara tanda² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)….
Masyaallah..kalau ada dlm ofis dan ahli keluarga ni tegur2 le…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.’ - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ - Sahih Muslim

~ Siaran TV, akhbar2 harian & majalah² yg popular sekarang nie…

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’ -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput & sungai²’ - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

Petikan diambil dari http://www.jejariaccess.com/blog .. dikreditkan kepada pengarangnya.. Harap kita semua mendapat keinsafan dan kesedaran dari artikel ini. Sedarlah kawan - kawan bahawa dunia sekarang sangat hampir dengan kiamat. Sudahkah anda bersedia? Sekian, terima kasih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan