Khamis, 23 Julai 2009

Kelas Latihan 22 Julai 2009

Kelas latihan 29 Julai 2009 yang bertempat di Pantai Tok Jembal telah berjalan dengan "agak lancar". Apa yang dimaksudkan dengan "agak lancar" di sini ialah kelas latihan terpaksa dibatalkan berikutan keadaan hujan renyai - renyai yang melanda sekitar Kuala Terengganu beberapa hari ini. Kelas latihan yang sebenar terpaksa diadakan di bawah perpustakaan UMT, namun disebabkan di situ diadakan pameran oleh pihak UmT maka kelas latihan terpaksa diadakan di lokasi lain. 7 orang menghadirkan diri semalam iaitu Abang Halim (penyelia kelas latihan), saya, Muaz, Amir dan 3 orang lagi ahli perempuan. Kelas latihan semalam bertukar kepada perbincangan tentang lokasi kelas seterusnya, majlis penerangan, ijazah dan beberapa isu berbangkit. Kelas bersurai pada pukul 6 petang. Akhir kata, marilah kita meramaikan lagi kelas kita. InsyaAllah untuk pengambilan ahli baru yang terdekat diharapkan bilangan ahli di UMT akan bertambah ramai. Sekian, terima kasih.

Dipost oleh -Zahir-

1 ulasan:

  1. Huhu smalam moto kapcai aku rosak kat tepi Sekolah Menengah Teknik Airport tu... Sejam lebih duk tolak moto tgh hujan... Apepun aku anggap tu sbg latihan kardiovaskular hehe.. Rasenye aku demam hari ni kot hehe...

    BalasPadam