Rabu, 15 Julai 2009

Skuad Demo UMT & UDM







Alhamdulillah.. Setelah sekian lama tak update blog akhirnya baru ada peluang.

Sudah 2 minggu berlalu sejak pembukaan sem di UMT dan UDM. Pihak Cekak Hanafi dikehendaki untuk membuat demo untuk pesta konvo di UMT dan UDM. Maka bermulalah latihan demo yang sangat intensif. Skuad demo dianggotai oleh 16 orang ahli SCH dari UDM & UMT. Latihan demo yang pertama bermula pada hari Jumaat pada sebelah pagi dan berlarutan sehingga ke hari majlis berlangsung. Tetapi malangnya demo terpaksa dibatalkan di UMT pada malam 14 Julai 2009 kerana hujan lebat. Setelah kembali berbincang akhirnya kami bersetuju untuk mengadakan demo di pesta konvo UDM jika dipersetujui oleh pihak atasan UDM. Akhir kata saksikanlah sedikit gambar2 yang sempat diambil.. Sekian terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan