Sabtu, 18 Julai 2009

Kelas Latihan 18 Julai 2009

Alhamdulillah.. Kelas latihan malam ini yang bertempat di bawah perpustakaan UMT telah berlangsung dengan jayanya.. Namun sedikit mengecewakan apabila terdapat segelintir ahli yang tidak menghadirkan diri. Kelas latihan malam ini dihadiri oleh 7 lelaki (termasuk Abg Halim, Abg Wan dan 2 orang ahli dari UDM) dan 3 orang perempuan. Walaupun kecewa namun saya sangat kagum dengan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh ahli - ahli yang menghadirkan diri pada malam ini. Mereka begitu bersemangat dan bersungguh - sungguh untuk mempelajari buah rahsia di peringkat potong (kepada sesiapa yang ingin tahu apa buah rahsia itu sila la pelajari Silat Cekak Hanafi). Mereka begitu tekun berlatih walaupun dalam keadaan kepenatan selepas acara demonstrasi beberapa hari yang lepas. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anda semua. Semoga kita istiqamah dalam melakukan sesuatu. Akhir kata saya ingin menyeru kepada semua ahli agar menghadirkan diri ke kelas latihan untuk mengambil buah. Anda ada 3 kelas latihan lagi sebelum ijazah tamat bermula. Tidakkah anda ingin mepelajari buah - buah tamat dan bergelar ahli sebenar Silat Cekak Hanafi? Semuanya bergantung kepada anda. Kita jumpa di kelas latihan pada petang Rabu minggu depan. Sekian laporan dari saya, terima kasih dan assalamualaikum semua.

-dipost oleh Zahir-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan