Khamis, 13 Ogos 2009

Lagu Rasmi Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak

Penuh kesetiaan dan perpaduan
Kita junjung hasrat semua
Kepada guru, ibu dan bapa
Jasamu tetap dikenang

Kita menjaga keselamatan diri
Penuh semangat yang suci
Dengan asuhan jasmani dan rohani
Itulah amalan kami

Kita bersatu bicara benar
Tindak dengan bijaksana
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Peneraju warisan mutlak

Kita berani dan beramanah
Mendukung wawasan mulia
Seni budaya pusaka kita
Untuk bangsa, agama dan negara


Assalamualaikum semua...

Saya dah letakkan video klip lagu rasmi Silat Cekak Hanafi iaitu Peneraju Warisan Mutlak kat sini. Diharapkan semua ahli dapat menghafal dan menghayati dengan fasih lagu ini kerana ianya akan membuatkan kita lebih bersemangat dan menyayangi persatuan Silat Cekak Hanafi ini. Memang la agak susah mula - mula nak hafal, tapi dulu saya hafal dalam masa 30 minit je. Lagu ni ringkas sangat, kalau kira betul - betul ada 1 minit 30 saat je. Mula - mula saya nak letak lagu je n bukan video tp disebabkan video ni ada sekali dengan lirik jadi lebih senang untuk para ahli menghafalnya. Lagu ni ada banyak maksud tersirat tau, mula - mula dapat hafal tu memang la xada rasa ape tau, nanti bila dah fasih n dapat hayati semua makna kita akan bangga dengan perjuangan kita ini.

Jom kita hafal k, nanti kita nyanyi lagu ni sama - sama kalau ada kesempatan. Kita nyanyi ramai - ramai sebagai satu kumpulan yang penuh bersemangat... ok!!!!

2 ulasan:

  1. kalu orang luar/bukan pelajar umt nk join jugak bleh x?

    BalasPadam
  2. kalau dah ahli silat cekak hanafi boleh kalau nak join tp kene refer kepada penyelia kelas UMT dulu la cmane.. kalau bukan ahli silat cekak hanafi kene la ijazah asas dulu (ijazah masuk). ni no saye 0136243013, kalau ada ape2 sila la contact ye insyaAllah saye akan bantu n referkan kat penyelia kelas...

    BalasPadam