Khamis, 28 Januari 2010

Majlis Penerangan Silat Cekak Hanafi UMT, 22 January 2010.

Pada jumaat mlm, 22 hb January 2010 , telah diadakan satu Majlis Penerangan di Kompleks Kuliah 5, Universiti Malaysia Terengganu. Peneranagn telah disampaikan oleh saudara Halim Che Rose ( abg halim ), yg juga merupakan jurulatih silat cekak di UDM dan UMT. Majlis yg berlangsung hampir 2 jam itu dimulakan dengan tayangan "slide show", diselitkan demo gabungan UMT dan UDM, dan sesi soal jawab. Kehadiran pelajar2 yg ingin menyertai Silat Cekak pada semester ini agak memberangsangkan dan pelajar yg telah mendaftarkan diri  setakat ini untuk ijazah asas hampir mencecah lebih kurang 30 orang.

Serentak dengan majlis penerangan, kelas mingguan yg biasa diadakan pada  hari jumaat dijalankan seperti biasa di bilik yang berasingan. Ahli asas yg hadir pada malam itu telah diuji  secara practical oleh saudara Mohd Riduan ( jurulatih ) dan Saudara Hilmi  ( jurulatih ).

 Pada Majlis Penerangn ini juga, telah dimaklumkan tarikh untuk Majlis Ijazah Asas bagi UMT dan UDM akan diadakan pada 5 February 2010 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu.

sekian
NYDP 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan