Selasa, 29 Disember 2009

Tanda - Tanda Telah Hampir Kiamat


** Gambar hanyalah sebagai perhiasan**

Assalamualaikum.. Kali ini saya nak berkongsi artikel yang saya dapat dari internet. Kali ini berkenaan tanda - tanda bahawa telah hampir kiamat. Sama - samalah kita membaca dan menghayatinya..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’ Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.’- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’ - Sahih Muslim

~ dah nampak dah… profesion tertua di dunia telah berleluasa tanpa sempadan

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)
& penyanyi² wanita’ - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid’ - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.’ - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Adakah disekeliling kita ada yang tak bertegur sapa … renungkanlah….
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
ada kawan memfitnah & mengumpat kawan sendiri pasal
nak memburukkan org tu sehingga putus sahabat…

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan
ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia’ - Riwayat Thabrani


 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.’ - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…standard practice zaman ni…?

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara tanda² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)….
Masyaallah..kalau ada dlm ofis dan ahli keluarga ni tegur2 le…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.’ - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ - Sahih Muslim

~ Siaran TV, akhbar2 harian & majalah² yg popular sekarang nie…

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’ -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput & sungai²’ - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

Petikan diambil dari http://www.jejariaccess.com/blog .. dikreditkan kepada pengarangnya.. Harap kita semua mendapat keinsafan dan kesedaran dari artikel ini. Sedarlah kawan - kawan bahawa dunia sekarang sangat hampir dengan kiamat. Sudahkah anda bersedia? Sekian, terima kasih..

Kelas Latihan 25 Disember 2009




Assalamualaikum... Kelas latihan SCHUMT berjalan seperti biasa pada hari Jumaat malam pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam walaupun kelas SRP telah diadakan pada sebelah paginya. Alhamdulillah semua ahli yang hadir pada sebelah pagi tadi turut hadir pada sebelah malamnya. Kelas latihan dibahagikan kepada 2 iaitu kelas asas / jatuh dan kelas tamat. Kehadiran ahli asas sangat memberangsangkan. Semua ahli asas lelaki hadir pada latihan ini manakala ahli asas wanita tidak langsung kelihatan. Kelas tamat menumpukan kepada persiapan untuk menghadapi SRP pada awal bulan Januari 2010 ini. Diharapkan semua ahli supaya dapat menghadirkan diri pada kelas latihan yang akan datang. Bagaimanapun tahniah diucapkan kerana kelas kali ini mencatatkan peningkatan bilangan ahli yang turun ke kelas latihan. Semoga semangat ini akan berterusan.

Sekian, terima kasih.

Kelas Latihan SRP 25 Disember 2009




Assalamualaikum.. Pada pagi hari Jumaat 25 Disember 2009 yang lalu telah berlangsung kelas latihan untuk persediaan ahli - ahli Silat Cekak Hanafi UMT yang tamat untuk menghadapi ujian SRP atau Sijil Rendah Persilatan. Pada sem ini ramai yang menarik diri berikutan jadual kelas yang terlampau banyak. Namun untuk ahli - ahli yang bersemangat kental mereka masih bersemangat untuk menjalani latihan walaupun pada malamnya masih ada latihan untuk kelas biasa. Latihan pada hari Jumaat itu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Kelas dibantu oleh saudara Hilmi kerana penyelia kami iaitu Abang Halim tidak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan di Pahang. Walaupun kelas agak memenatkan namun kami semua sangat gembira dan bersemangat untuk meneruskan latihan.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 20 Disember 2009

Alam Mahsyar




ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dikreditkan kepada : http://www.jejariaccess.com/blog

Semoga semua mendapat faedah dan keinsafan daripada artikel ini.. Sekian, terima kasih.

Kelas Latihan 19 Disember 2009




Alhamdulillah, kelas latihan SCHUMT yang diadakan di Kompleks Kuliah 5 & 6 semalam telah berjalan dengan agak lancar dan mencatatkan kehadiran ahli yang memberangsangkan. Walaupun cuaca tidak menentu semalam namun masih ramai ahli yang bersemangat untuk menghadirkan diri. Tahniah diucapkan kepada ahli - ahli yang sanggup hadir terutamanya ahli di peringkat asas walaupun jarak antara penginapan dan kelas latihan agak jauh. Semalam juga menyaksikan saudara Hilmi dari UTM turut turun ke kelas latihan untuk membantu mengajar, saudara Hilmi telah habis pengajian di UTM dan sementara menunggu keputusan kerja beliau mungkin akan selalu turun untuk membantu kelas latihan. Seramai 14 orang menhadirkan diri semalam termasuk Abang Halim, Abang Wan, Abang Zul dan Hilmi. Kelas latiahan untuk persediaan SRP semalam agak intensif dan meletihkan, namun kami semua masih dapat mengikut rentak kelas tersebut.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 17 Disember 2009

Muhasabah Diri Sempena Tahun Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W yang ke 1431

Assalamualaikum.. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua warga SCHUMT dan semua penonton blog ini berkenaan betapa pentingnya konsep hijrah di dalam hidup kita sebagai orang Islam yang bergelar hamba Allah agar kita dapat menginsafi diri dan agar menjadi seorang hamba Allah yang lebih bertakwa. Saya pastekan di sini artikel yang saya sudah lama simpan di dalam komputer saya yang saya ambil dari website JAKIM.

PENGORBANAN DAN PENGHIJRAHAN SUATU TUNTUTAN ISLAM



PENGERTIAN HIJRAH

Mungkin kita memahami pengertian Hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhan Illahi. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar. Ra'd ayat 11 yang bermaksud:



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.



Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini akan berada di bulan Muharram bagi tahun baru 1430H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian. Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada taqwim Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan taqwim Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah.

Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail A.S serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Jelas sekali hubungan rapat antara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.

PEMBANGUNAN JIWA

Pembangunan jiwa merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material. Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan sebaik mungkin untuk memastikan tamadun material yang akan terbina kelak tidak akan sia-sia.

Namun untuk memastikan cita-cita tersebut tercapai, jiwa insan perlulah diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan akhirat. Ini seterusnya akan dapat menyedarkan manusia tentang matlamat hidupnya di atas muka bumi ini. Dan di sini seluruh manusia perlu memikul dua tanggungjawab utama iaitu selaku hamba Allah dan selaku khalifah Allah.

Sebagai hamba Allah, manusia dikehendaki mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud :

'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku'.

Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruh perintah dan menjauhi segala larangan-Nya dan juga mengekalkan rasa kehambaan. Sebagai khalifah Allah pula, manusia telah dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah ini berpandukan segala hukum-hakam dan Syariat Allah dalam segenap aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, perubatan, pertanian, sains, teknologi, pendidikan dan sebagainya.

PEMBANGUNAN MENTAL/PEMIKIRAN

Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan mental (akal). Akal manusia mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardhu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para pelajar tidak akan sahaja mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikir bahawa di sebalik segala kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah ini dan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintah-Nya.

Selain daripada pengisian ilmu yang bermanfaat, akal juga haruslah dibangunkan dan dibentuk melalui perbincangan, penyelidikan dan juga pembacaan. Bermusyawarah dan berbincang juga secara tidak langsung akan dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam kepada akal kita. Di samping itu, Islam juga menganjurkan kita supaya menjaga adab-adab bermusyawarah supaya manfaatnya akan terhasil semaksima mungkin. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud :

'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk'.

PEMBANGUNAN FIZIKAL/ TUBUH BADAN

Sekiranya jiwa dan akal sahaja dibangunkan, tetapi fizikal lemah, maka tamadun Islam dan peribadi muslim juga akan terhalang pembinaannya. Kalau diamati, apakah faedah yang dapat diperolehi daripada seorang manusia yang lemah tubuh badannya, tidak bermaya dan lesu?, Setiap masa ditimpa dengan pelbagai jenis penyakit. Kita tidak menafikan bahawa sakit itu merupakan ujian dari Allah s.w.t. Namun demikian, seseorang manusia itu tidak boleh menempah maut dengan membiarkan dirinya diselubungi dengan pelbagai jenis penyakit yang mungkin boleh membawa maut.

Oleh itu, kita perlu memiliki fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang mahukan hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi ini. Tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang sihat, seterusnya dapat merancang pelbagai perkara untuk manfaat umat Islam sejagat.

Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syarak. Ini amat bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 172 :

'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya'

Setelah memenuhi kesemua aspek yang telah diterangkan tadi, maka kita akan dapat merasakan berlakunya suatu perubahan yang amat ketara di dalam jiwa dan minda kita. Dan di sini sudah tentunya proses pembinaan insan sudah mula tercapai dengan sebaik yang mungkin.

Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan "Budaya Hijrah" dalam kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:

(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa'i)

Yang bermaksud: "Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah."


Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah SAW ialah:

1. Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan.
2. Hijrah itu ialah kejayaan. Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan berpaksikan akidah Islamiah.

Jika Rasulullah SAW berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotakkatikkan kita sesuka hati mereka.

Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74:

Yang bermaksud: "Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia".


KESIMPULAN

Sesungguhnya keyakinan, kecekalan, kesungguhan, ilmu, kematangan, pengorbanan dan kesatuan umat Islam adalah lahir dari semangat hijrah. Sememangnya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah merupakan sumber bekalan dan kekuatan umat yang kini kian dilupakan.


Saya ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah dengan azam dan semangat yang baru.. Sama - samalah kita berhijrah dari negatif ke positif, dalam segala perkara. Selamat menyambut tahun 1431 Hijrah. Sama - samalah kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sekian, terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Dalam Diam Besi Berkarat, Dalam Diam Ubi Berisi


**Video demo di atas adalah hak milik SCHUM dan saya meletakkannya di sini untuk tujuan promosi sahaja**

Saksikan video demo SCHUM yang saya dapat dari Youtube tentang demonstrasi dari SCHUM. Perhatikan bagaimana setiap langkah gerak yang digunakan untuk mempertahankan diri dan perhatikan betapa halusnya seni yang digunakan untuk melakukan pergerakan yang sedemikian. Ramai orang beranggapan bahawa sebarang silat adalah "slow", lembab dan pelbagai lagi tanggapan negatif. Sedangkan kebanyakan silat yang wujud sekarang tidaklah pula sebegitu negatif. Berbalik kepada Silat Cekak Hanafi, setiap langkah geraknya adalah sangat halus dari segi seninya dan dapat dibuktikan dan dijelaskan dari segi saintifik. Disitulah letaknya keistimewaan Silat Cekak Hanafi ini. Dari segi kelajuan pergerakan pula memang tidak dapat disangkal lagi Silat Cekak Hanafi menggunakan kaedah - kaedah mempertahankan diri yang sangat ringkas, efektif, cepat dan berbahaya. Ianya sudah terbukti mampu digunakan untuk mempertahankan diri dari sebarang ancaman dengan izin Allah S.W.T.

Ramai orang sering bertanya "Adakah saya perlu seorang yang kuat dan aktif dari segi fizikal untuk belajar Silat Cekak Hanafi?". Sebenarnya semua ini hanyalah satu anggapan yang salah. Segala kaedah mempertahankan diri yang diajar semuanya tidak memerlukan kekuatan luar biasa untuk menewaskan musuh. Disebabkan setiap kaedah yang sangat ringkas dan efektif kita mampu untuk mempertahankan diri walaupun musuh itu berbadan sasa, tegap, bersenjata dan kelihatan ganas. Kata orang "Kalau mampu bawa bakul untuk belli sayur dipasar bermakna anda mampu untuk belajar Silat Cekak Hanafi" . Begitulah perumpamaannya yang bermaksud sesiapa sahaja mampu untuk belajar silat ini untuk mempertahankan diri.

Dan ramai juga orang bertanya "Kenapa Silat Cekak Hanafi tak menyertai pertandingan seni mempertahankan diri seperti olahraga dan sebagainya?".. Untuk pengetahuan anda Silat Cekak Hanafi adalah silat yang hanya digunakan untuk mempertahankan diri dan bukannya silat yang boleh dipertandingkan. Ini kerana setiap kaedah yang digunakan untuk mempertahankan diri mampu untuk membunuh walaupun kaedah itu nampak ringkas sahaja. Semua kaedah mempertahankan diri yang diajar dalam Silat Cekak Hanafi akan diakhiri dengan keputusan sama ada pengsan, patah atau mati. Saya bukannya ingin bermegah - megah namun itulah kenyataannya dan memang dapat dibuktikan.

Sering juga orang beranggapan bahawa semua silat mengandungi unsur - unsur khurafat. Sebenarnya bukan semua begitu. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Begitulah perumpamaannya. Silat Cekak Hanafi tidak mengandungi sebarang unsur - unsur khurafat dan mensyirikkn Allah S.W.T. Sebaliknya dalam setiap aspek pembelajaran silat ini menekankan tentang kepentingan akidah dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Jika kita rasa kita sudah berkuasa bagaimana jika kita dalam keadaan sebenar kita diancam dgn musuh yang ingin mengancam nyawa kita.. Walau kita sudah mahir silat sekalipun tapi jika Allah S.W.T tidak mengizinkan kita tidak mampu mengguna pakai apa yang telah kita pelajari selama ini.

Dalam video demonstrasi di atas hanya ditunjukkan kaedah - kaedah mempertahankan diri yang asas. Masih ada buah rahsia yang merbahaya dan efektif yang tidak dapat ditunjukkan di khalayak ramai kerana ketinggian nilai seni kaedah - kaedah mempertahankan diri dalam Silat Cekak Hanafi. Untuk mempelajarinya anda haruslah menyertai Silat Cekak Hanafi terlebih dahulu.

Pengambilan ahli baru di Kuala Terengganu khususnya di UMT dan UDM akan berlangsung pada 15 Januari 2010 ini jika tiada sebarang masalah. Untuk sebarang pertanyaan atau yang berminat sila tinggalkan komen di post ini. Sekian terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Kelas Latihan 16 Disember 2009



Assalamualaikum.. Kelas latihan SCHUMT yang pertama untuk sem baru ini telah diadakan di Foyer Perpustakaan UMT dengan kehadiran 6 orang termasuk penyelia kelas latihan kami iaitu Abang Halim. Memang sudah dijangkakan kehadiran ahli sangat merosot apabila sem baru bermula berikutan perubahan waktu kuliah yang diambil oleh para pelajar dan sebahagian besar ahli gagal menghadirkan diri berikutan pertembungan waktu kelas latihan dan kuliah masing - masing. Disebabkan semangat yang kental maka masih ada yang sanggup menghadirkan diri walaupun kekurangan ahli dan tahniah diucapkan kepada ahli - ahli yang menghadirkan diri semalam.. Diharapkan lebih ramai ahli dapat menghadirkan diri di kelas yang seterusnya.. Sama - samalah kita perkasakan Silat Cekak Hanafi Universiti Malaysia Terengganu. InsyaAllah... Sekian, terima kasih..

Sabtu, 12 Disember 2009

Al - Fatihah Untuk Allahyarham Mohd Harisin Ramin

Assalamualaikum.. Sahabat dan rakan seperjuangan silat kita iaitu saudara Mohd Harisin Ramin atau sering dikenali dengan nama Harisin di kalangan sahabat karib telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11 malam 11 Disember 2009 iaitu pada malam semalam kerana terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke UMT untuk semester yang baru bermula. Tiada apa yang ingin diperkatakan tentang arwah kerana arwah seorang yang peramah dan dihormati di kalangan rakan - rakannya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al -Fatihah.

Jumaat, 16 Oktober 2009

14 October 2009

latihan dijalankan di foyer perpustakkan Sultanah Nur Zahirah, pd jam 8.30 mlm. Seramai lebih kurang 13 ahli yg hadir termasuk Abang Wan ( selaku tenaga pengajar) dan 2 org ahli tamat umt( pembantu kelas). Latihan berjalan lancar dan ahli asas telah diberikan 2 buah jatuh.Aahli tamat yg bakal menduduki Sijil Rendah Persilatan ( SRP) dilatih denagn 20 buah2 silat. Latihan yg diberikan terhad kerana ruang latihan yang tidak tertutup. kelas berakhir pada jam lebih kurang 10.30 pm.


post by:
NYDP 1 PSSCUH UMT

Khamis, 8 Oktober 2009

Kelas Latihan 7 Oktober 2009




Seperti biasa, kelas latihan di UMT telah berjalan dengan lancar semalam. Cuma kehadiran ahli mencatatkan penurunan, mungkin kerana masing - masing sibuk menyiapkan tugasan yang ada. Namun kelas latihan semalam tetap ceria seperti biasa. Seramai 11 orang menghadirkan diri iaitu 6 siswa dan 5 siswi asas dan tamat. Kelas semalam mengulang balik buah - buah yang diperlajari di peringkat asas dan jatuh supaya masing - masing dapat membuat buah dengan lebih kemas. Ada juga yang kepenatan kerana mendapat rakan latihan yang lebih besar daripadanya. Ada juga yang mendapat pendarahan di bawah kulit lepas kena kaedah A. Namun kami semua tetap bergembira semalam. Sekian laporan dari saya. Terima kasih.

Isnin, 5 Oktober 2009

Kelas Latihan 2 Oktober 2009


Kelas latihan 29 Julai 2009 yang bertempat di Kompleks Kuliah 9 telah berjalan dengan lancar, kelas juga semakin meriah berikutan kehadiran ahli yang semakin bertambah berbanding kelas latihan pada Rabu lepas selepas cuti hari raya. Kelas latihan ini yang diketuai oleh En. Halim Che Rose selaku penyelia kelas latihan di UMT dan jugak UDM telah dibantu oleh Abang Wan dan Abang Zul. Kelas terbahagi kepada 2 iaitu kelas peringkat asas dan tamat. Untuk peringkat asas masing - masing mendapat sambungan buah asas yang seterusnya. Manakala bagi peringkat tamat pula diadakan kelas kemahiran yang turut disertai oleh ahli - ahli dari UDM. Kelas kemahiran agak meriah berikutan masing - masing mengeluh kerana tak tahan latiahn intensif yang diadakan. Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat di UMT dan Sabtu di UDM untuk menyediakan ahli untuk ujian SRP tidak lama lagi. Kelas bersurai lebih kurang pada pukul 11 malam. Akhir kata, marilah kita meramaikan lagi kelas kita. InsyaAllah untuk pengambilan ahli baru yang terdekat diharapkan bilangan ahli di UMT akan bertambah ramai. Sekian, terima kasih.

Kelas Latihan 30 September 2009


Gambar atas : Kejadian "gelang" bulan yang menjadi bualan ramai baru - baru ini.. Hayatilah kebesaran Allah S.W.T...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. Kelas latihan kita pada hari Rabu baru ini telah berjalan dengan lancar sekali.. Kelas itu merupakan kelas latihan pertama yang diadakan selepas cuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Kelas latihan yang bertempat di Perpustakaan UMT telah dihadiri oleh beberapa ahli  antaranya adalah ahli tamat dan ahli asas walaupun dalam keadaan hujan renyai - renyai. Saya tidak sempat mengira jumlah ahli yang hadir semalam tetapi saya anggarkan lebih kurang 6 orang ahli lelaki yang menghadirkan diri semalam. Aktiviti pertama yang diadakan sebaik sahaja memasuki kelas latihan adalah mengalihkan semua kerusi ke tepi dinding. Kelas latihan semalam menyaksikan ahli - ahli asas yang baru mendapat beberapa lagi buah asas dan jatuh dari Abang Halim iaitu penyelia kelas latihan di UMT dan UDM. Masing - masing begitu tekun untuk mendapat buah yang seterusnya walaupun masih ada segelintir ahli yang tidak hadir kerana masih bercuti sakan. Manakala bagi ahli tamat pula, mereka  berlatih buah bersama dengan ahli asas kerana  keadaan tempat latihan yang agak terbuka.  Masing - masing agak janggal untuk melakukan buah kerana tidak berlatih selama 2 minggu  sempena cuti hari raya.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli sama ada asas dan tamat kerana sanggup datang ke kelas latihan walaupun agak jauh dan dalam keadaan hujan. Diharapkan kita semua dapat mengekalkan semangat sebegini. Dan pastikan kita tidak malas untuk ke kelas latihan walaupun sebahagian ahli sudahpun sampai ke peringkat tamat, banyak lagi yang perlu dipelajari. Sekian terima kasih...

Hidup Cekak Hanafi UMT!!!

Ahad, 13 September 2009

Kelas Latihan 11 September 2009

Bulan Ramadhan penuh keberkatan. Hayatilah kebesaran Allah S.W.T...

YDP, NYDP, Wani & Zahir semasa dalam proses mengagihkan uniform tamat kepada warga UMT dan UDM yang telah membuat tempahan..


Kompleks Kuliah 9 - Tempat kami semua bersilat~~

Assalamualaikum..

Nampaknya kelas latihan terakhir Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UMT sempena cuti Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung dengan jayanya. Seperti biasa, ramai ahli yang datang lewat dari jadual yang ditetapkan iaitu pada pukul 8.30am di Kompleks Kuliah 9 di UMT. Faktor kelewatan mungkin disebabkan oleh keadaan mengantuk yang biasa dialami oleh para pelajar selepas bersahur. Seramai lebih 10 orang ahli tamat menghadirkan diri termasuk tenaga pengajar. Penyelia kelas kami iaitu En. Halim Che Rose kelihatan agak sibuk kerana terpaksa bertukar - tukar antara kelas peringkat asas dan kelas peringkat tamat untuk memberikan buah. Syabas diucapkan kepada seorang ahli peringkat asas yang begitu bersemangat dan tekun untuk belajar silat sehingga terpaksa berlatih shadow kerana rakannya tidak hadir ke kelas latihan atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelas latihan pada kali ini juga menyaksikan pembayaran hutang - hutang tertunggak secara besar - besaran oleh para ahli bagi bayaran ijazah, pembelian buku teks, uniform tamat dan yuran kursus. Di akhir kelas para peserta bersalam - salamat sambil mengucapkan perkataan simbolik sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat becuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga UMT dan semoga kita dapat berjumpa lagi selepas cuti ini. Sekian..Terima kasih..

Jumaat, 11 September 2009

PINTAR HANAFI 3: mencari Al-Qadr

Assalamualaikum...pejam celik 2x, harini sudah masuk 21 ramadhan...Alhamdulilah, Allah masih memanjangkan umur kita, mudah2han masih ader lg ramadhan untuk kita tahun2 akan dtg..amin. sepatutnya ana poskan lebih awal tajuk ni, tapi kerana kesibukkan dunia...ana terlupa.

"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar.Tahukah kamu apakah Lailatul qadar?Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan" ( al-qadr: 1-2)

Disebut sebagai lailatul Qadr kerana pada mlm itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali sebagai Lailatul Sharaf( mlm kemuliaan) dan Lailatul Tajalli ( malam Allah melimpahkan dan hidayah kepada org yg berpuasa dan beribadah pada sebelah malamnya).

Pendapat yg kuat menyatakan bahawa adalah pd mlm ganjil sesudah hari yg ke 20 ( 21, 23, 27, dan 29 ramadhan).

Perkara ini sesuai dgn hadis Rasulullah saw drpd Ibnu Umar:" sesiapa yg ingin mencari Lailatul Qadr hendaklah pada MALAM KE -27"

Sebuah lagi hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh muslim bermaksud: " carilah dgn SEGALA UPAYA kamu mlm al-Qadar pada mlm ganjil drpda 10 mlm terakhir"

bagaimanapun berkaitan Lilatul Qadr, ulama bersepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya mlm itu, antaranyer:

  1. org yg berkesempatan melihat mlm Lailatul Qadr dapat merasakan bahawa segala yg ada di langit dn bumi bagaikan bersujud kehadrat Allah.
  2. sesiapa yg berkesempatan menemui mlm Lailatul Qadr akan melihat suasana alam yg terang benderang walaupun berada dlm kegelapan.
  3. sesiapa yg berkesempatan menemui mlm al-Qadr akn dpt mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka
  4. org yg berkesempatan menemui mlm al-Qadr akn diperkenankan segala doanya.
dlm sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda al-Qadr telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dgn bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yg terlalu panas. tidak dirasakan kepanasan yg kuat walaupun matahari serah memancarkan cahayanya.

rumusan

sahabat, ajal maut dtgn tuhan, kita tidak tahu adakah ini Ramadhan terakhir untuk kita,sempatkh kita sampai ke 1 syawal, masih adakah peluang untuk kita menyambut Ramadhan seterusnya..kita x pernah tahu. 1000 bulan pahala ibadahnya=83 tahun. Masya-Allah. hanya 10 hari. kalau difikirkan, x byk 10 mlm tu, mlm ganjil pula. Nabi saw pun mencari al-Qadr, Nabi yg dijanjikan syurga...tapi kita yg belum pasti ni, sambil lewa jee??? malulah pada diri sendiri. kejarlah sahabat. ana seru diri sendiri dan sahabat sekalian, alangkah ruginya kita, diberi peluang tetapi melepaskannya. set la alarm,hp..supaya terjaga. pesanlah pada kwn2 agar dikejutkan. bangunlah mlm untuk beribadah di 10 mlm terakhir. juga selalulah doa agar Allah beri kita kemanisn beribadah. ana doakan agar kita sama2 dapat mencari al-Qadr...

maaf atas segala kesilapan..


sebarang pembetulan, nasihat dan teguran amat ana alu2kan


post by: asrar_insan

Jumaat, 4 September 2009

Kelas Latihan 4 September 2009


Assalamualaikum...

Kelas latihan Silat Cekak Hanafi UMT hari ini telah berlangsung di Kompleks Kuliah 9 di UMT. Kelas latihan pada pagi tadi bermula pada pukul 8.30am hingga 11.30am. Kelas latihan dihadiri seramai 8 ahli tamat dan lebih kurang 10 orang ahli asas. Suasanan di kelas latihan pada pagi tadi agak suram pada mulanya kerana hanya beberapa orang sahaja ahli menghadirkan diri, namun setelah beberapa ketika suasana  kembali bertukar ceria apabila seorang demi seorang hadir ke kelas latihan. Antara faktor utama kelewatan para ahli adalah "Tak terjaga dari tidur". Bagaimanapun kelas latihan pada kali ini agak memenatkan sehingga ramai ahli tercungap - cungap keletihan. Kelas latihan pada pagi tadi turut diserikan dengan kehadiran bekas pelajar UMT iaitu saudara Hafiz. Diharapkan semangat membara para ahli dapat dikekalkan dan tahniah diucapkan kepada semua yang sanggup menghadirkan diri biarpun ramai di kalangan ahli asas berjalan kaki untuk turun ke kelas latihan. Sekian laporan dari saya, terima kasih...

Selasa, 1 September 2009

PINTAR HANAF2: renungan di ambang ramadhan

Alhamdulillah..kita masih lagi dipanjangkan oleh Allah usia kita di bulan barokah ini. bagaimana puasa kita? tarawikh kita? qiyam kita dan amalan2 sunat yang lain??? sama2lah kita muhasabah diri sepanjang berada di bulan Ramadhan ini..

saya rasa msih belum terlewat untuk sy berkongsi lagi artikel di pintar hanafi 2 yg mana masih lagi dalam konteks keberkatan Ramadhan ini.

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu'anhu, katanya:

Rasulullah saw berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. baginda bersabda:
" wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang BESAR lagi penuh KEBERKATAN, iaitu bulan yang didalamnya ada SATU malam yang lebih baik dari SERIBU bulan; bulan yang Allah telah menjadikan PUASANYA satu fardhu dan QIYAM di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebaikkan didalamnya, samalah dia dengan org yg menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. dan barang siapa yang menunaikan SATU fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan org yg mengerjakan 70 FARDHU di bulan yg lain. Ramadhan itu adalah BULAN SABAR, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada mukmin didalamnya. barangsiapa memberi makanan berbuka didalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yg demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dari api neraka. org yg memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala org yg mengerjakn puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Subhanallah...3x

Sahabat, menyentuh ttg qiyam, mmg bukan senang untuk kita bangun di tgh2 mlm. namun di bulan barokah ini, sahabat, sy seru dr sendiri dan sahabat, kejarlah, ambilh kesempatan di bulan ini untuk qiyam. Paling tidak, waktu sahur, sebelum subuh, solatlah sunat tahajjud, hanya dua rokaat.. apalah sangat 2 rokaat, tidak sampai 15 minutes pun. jom kiter cuber sahur nanti..=) betapa Allah berbangga dengan hambanya yg bangun qiyam ini.. INSYAALLAH..

sedikit peringatan di sini, untuk sy juga sahabat, sahur sunat dilewatkan dan kalau boleh tunggulah sehingga solat subuh kalau nk tidur pun selepas itu, agar subuh kita tidak terlajak hingga pukul 7.00 pagi. bak kater org "subuh gajah". jgn sengaja lewatkan solat...( al-ma'un: 4-5). INSYAALLAH kalau niat kita baik..Allah akan tunjukkan jalan..amin..

setakat ini sahaja..
sebarang comment, cdngn, pembetulan amat sy alu2kan..
salam

contunue... PINTAR HANAFI 3( insyaAllah)

post by: asrar_insan


Rabu, 26 Ogos 2009

PINTAR HANAFI 1: Ahlan wa sahlan ya ramadahanul karim

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Dalam konteks kita sabagai umat islam, adalah wajib kita menunaikan fardhu puasa yang merupakan rukun islam yang ke -3. Sedih apabila ada segelintir umat islam kini yang memandang puaser adalah satu bebanan yang perlu ditanggung selama sebulan. Sesunggunye sahabatm setiap apa yang Allah perintahkan tidak pernah ada yang sia2. Disini suka untuk saye berkongsi satu artikal dari Bahagian Kesihatan Awam , MOH. saya ringkaskan disini,

" melalui kajian sains, didapati BERPUASA akan menurunkan kADAR GLUKOS DARAH dan TEKANAN DARAH, khasnyer tekanan darah sistolik dan juga LIPID dalam darah. antara lain puasa juga dapat menurunkan BERAT BADAN. Dalam suatu KONGRES ANTARABANGSA yg bertemakan "kesihatan dan ramadhan"di Casablanca. Morocco, 1996, pakar2 dari seluruh duniatelah membentangkan lebih kurang 50 kajian. KESEMUA KAJIAN itu mengesahkan PUASA DAPAT MENCEGAH DAN MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT YANG DIHADAPI OLEH MANUSIA (INSYAALLAH). kesimpulan dari congress ini, 4 fadhilat puaser dari konteks kesihatan yg jelas telah dibuat iaitu puaser dapat menurunkan; gula dalam darah, tekanan darah, lipid dalam darah dan obesiti. Samada kita sedar atau tidak, keempat2 penyakit ini adalah penyakit utama dunia kini. SUBHANALLAH..betapa Sayangnya ALLAH pada kiter"

dalam bulan ramadhan juga, sunat seperti memperbanyakkan membaca al-quran ( hari bukan ramadahn pun jgn luper bacer!) dan bertarawikh. dari sudut psikologi nyer, bacaan al-quran dapat meningkatkan daya ingatan dan ketenangan jiwa. dan solat tarawikh pulak dalam satu kajian, mampu membakar rata2 10 kalori tenaga setiap rokaat disamping meningkatkan kesihatan otot , tulang dan sendi. SUBHANALLAH.

Sebagai penutuppintar hanafi 1, renugkanlah bersama sebuah hadith betaraf hasan sahih ini,

Rasulullah saw bersabda:

maksudnya" berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa2 dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga"

continuee...pintar hanafi 2..

sebarang pembetulan atau komen sangat dialu2kan..

post by: asrar_insan

Khamis, 13 Ogos 2009

Lagu Rasmi Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak

Penuh kesetiaan dan perpaduan
Kita junjung hasrat semua
Kepada guru, ibu dan bapa
Jasamu tetap dikenang

Kita menjaga keselamatan diri
Penuh semangat yang suci
Dengan asuhan jasmani dan rohani
Itulah amalan kami

Kita bersatu bicara benar
Tindak dengan bijaksana
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Peneraju warisan mutlak

Kita berani dan beramanah
Mendukung wawasan mulia
Seni budaya pusaka kita
Untuk bangsa, agama dan negara


Assalamualaikum semua...

Saya dah letakkan video klip lagu rasmi Silat Cekak Hanafi iaitu Peneraju Warisan Mutlak kat sini. Diharapkan semua ahli dapat menghafal dan menghayati dengan fasih lagu ini kerana ianya akan membuatkan kita lebih bersemangat dan menyayangi persatuan Silat Cekak Hanafi ini. Memang la agak susah mula - mula nak hafal, tapi dulu saya hafal dalam masa 30 minit je. Lagu ni ringkas sangat, kalau kira betul - betul ada 1 minit 30 saat je. Mula - mula saya nak letak lagu je n bukan video tp disebabkan video ni ada sekali dengan lirik jadi lebih senang untuk para ahli menghafalnya. Lagu ni ada banyak maksud tersirat tau, mula - mula dapat hafal tu memang la xada rasa ape tau, nanti bila dah fasih n dapat hayati semua makna kita akan bangga dengan perjuangan kita ini.

Jom kita hafal k, nanti kita nyanyi lagu ni sama - sama kalau ada kesempatan. Kita nyanyi ramai - ramai sebagai satu kumpulan yang penuh bersemangat... ok!!!!

Kelas Latihan 12 Ogos 2009


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kelas latihan kita pada petang tadi iaitu pada 12 Ogos 2009 bertempat di bawah perpustakaan UMT telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih kurang 20 orang menghadiri kelas latihan tersebut. Ahli lelaki lebih kurang 10 orang dan begitu juga ahli perempuan. Apa yang menarik hari ini ialah kelas latihan semakin meriah dengan kehadiran ahli yang agak ramai berbanding sebelumnya di mada ada ahli yang tidak turun latihan dan sebagainya. Dapat disaksikan juga semangat ahli peringkat asas begitu kuat untuk mempelajari silat ini sehingga menjadi over excited dan tidak sabar - sabar untuk membuat buah yang dipelajari rakan mereka dalam latihan. Diharapkan semangat positif begini dapat berterusan demi memantapkan lagi kedudukan Silat Cekak Hanafi di Universiti Malaysia Terengganu ini.

Hari ini ahli asas mendapat asas Buah Pertama dan asas Keputusan Gayung Fatani dari penyelia kelas kita iaitu Abang Halim. Walaupun pergerakan kebanyakan ahli masih lagi agak janggal kerana masih belum membiasakan diri dengan pergerakan silat namun telah banyak perubahan dapat disaksikan dari pergerakan mereka berbanding sebelum ini. Tahniah diucapkan atas semangat perjuangan yang ditunjukkan. Sekian dari saya, terima kasih.

**** Kelas latihan hari ini adalah yang terakhir pada minggu ini, UMT akan bercuti selama seminggu dan kelas latihan akan disambung selepas cuti, semoga semua ahli sentiasa dalam perlindungan dan keredhaan Allah S.W.T, amiin... Selamat bercuti, nanti kita jumpa lagi *****

Rabu, 12 Ogos 2009

AL-FATIHAH....

Assalamualaikum.

Untuk makluman, Pn Hjh Halimah ( isteri Tn Hj Md Nasir : Presiden PSSCUHM ) telah kembali ke rahmatullah pada tengahari semalam. ( 10/8/2009). semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allayarhamah. Amin..

post by: vp1


Sabtu, 8 Ogos 2009

Kelas Latihan 8 Ogos 2009


Perhatian : Gambar Di Atas Sekadar Hiasan, Bukannya Gambar Kelas Latihan Semalam.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Kelas latihan kita semalam telah berjalan dengan lancar sekali.. Kelas latihan yang bertempat di Kompleks Kuliah 9 tetap dihadiri ramai ahli sama ada ahli tamat mahupun ahli asas walaupun lokasi itu agak sukar dicari dan dalam keadaan hujan renyai - renyai. Saya tidak sempat mengira jumlah ahli yang hadir semalam tetapi saya anggarkan lebih 20 orang ahli perempuan dan lelaki yang menghadirkan diri semalam. Aktiviti pertama yang diadakan sebaik sahaja memasuki kelas latihan adalah mengalihkan semua kerusi ke tepi dinding. Kali ini kami tidak mengangkat dan memasang matress kerana kami mengadakan latihan di atas karpet. Kelas latihan semalam menyaksikan ahli - ahli asas yang baru mendapat 2 lagi kaedah iaitu C dan D dari Abang Halim iaitu penyelia kelas latihan di UMT dan UDM. Masing - masing begitu tekun untuk mendapat buah yang seterusnya walaupun masih ada lagi ahli asas yang belum membiasakan diri dengan cara tumbukan yang biasa digunakan. Manakala bagi ahli tamat pula, mereka mendapat sebahagian habuan besar yang ditunggu - tunggu sebelum ini iaitu kaedah - kaedah tamat. Masing - masing begitu bersemangat untuk mendapatkannya sehinggalah perasaan itu bertukar menjadi berdebar - debar dan diakhiri dengan beberapa kecederaan ringan dan kepuasan hati setiap ahli tamat. Bagi ahli tamat mereka telah mendapata keputusan "Elak kena, tangkis makan", keistimewaan Silat Cekak Ustaz hanafi iaitu bila Cekak Hanafi menyerang jika musuh mengelak pasti kena dan jika musuh menangkis pasti dimakannya..

Tahniah diucapkan kepada semua ahli sama ada asas dan tamat kerana sanggup datang ke kelas latihan walaupun agak jauh dan dalam keadaan hujan. Diharapkan kita semua dapat mengekalkan semangat sebegini. Dan pastikan kita tidak malas untuk ke kelas latihan walaupun sebahagian ahli sudahpun sampai ke peringkat tamat, banyak lagi yang perlu dipelajari. Dan jika anda menyangka anda sudah lengkap maka anda akan rugi.. Sekian terima kasih...

Hidup Cekak Hanafi UMT!!!

Dipost oleh : Zahir

Rabu, 5 Ogos 2009

Kelas Latihan 5 Ogos 2009


Assalamualaikum...

Petang ini merupakan kelas pertama bagi ahli2 baru ijazah asas di UMT. Seperti biasa kelas latihan diadakan di bawak perpustakaan UMT.... Seramai 13 orang menghadirkan diri hari ini termasuk Halim dari UDM untuk menggantikan tempat Abg Halim iaitu penyelia kelas yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari ini. Seramai 4 orang ahli asas lelaki, 3 orang ahli asas perempuan, dan 5 orang ahli tamat lelaki menyertai kelas latihan tersebut. Masing2 mendapat Kaedah A dan Kaedah B dari Halim.. Pada kelas berikutnya, kelas latihan akan diadakan di KK9 iaitu pada hari Jumaat malam nanti... Ahli - ahli yang tidak menghadirkan diri pada hari ini diharap dapat menghadirkan diri pada kelas yang berikutnya...

Kesimpulan pada kelas kali ini :

  1. Setiap ahli perlu mahir mengamalkan latihan tangan pertama, kedua dan latihan kaki. Walaupun nampak remeh tapi latihan - latihan ini amat berguna untuk membiasakan diri kita dengan pergerakan tangan dan kaki untuk buah - buah yang akan dipelajari. Seelok - eloknya latihan tangan ini hendaklah diamalkan setiap hari. Paling kurang pun selepas bangun dari tidur, apabila selalu dibuat akan jadi kebiasaan dan senang untuk membuat segala buah yang akan diberi nanti.
  2. Kaedah - kaedah adalah amat penting dalam Silat Cekak Hanafi kerana kaedah adalah asas kepada semua buah yang akan dipelajari nanti. Setiap ahli seharusnya mahir, kemas dan cepat dalam melakukan kaedah kerana setiap buah menggunakan kaedah - kaedah yang dipelajari pada peringkat awal. Setiap ahli hendaklah berlatih membuat kaedah walaupun dengan ketiadaan pasangan untuk berlatih silat, teknik ini yang lebih dikenali sebagai "shadow" mampu membuatkan kita ingat dengan mendalam segalah kaedah dan seterusnya dapat membuat kaedah dengan kemas dan pantas apabila menerima serangan.

Marilah kita renungkan ungkapan yang saya dengar dari Abang Abu Huzaifah (bekas setiausaha agung SCH), tetapi saya tidak pasti sama ada beliau mengambil ungkapan ini dari orang lain, cuma yang penting kita dapat memahami maksud yang tersirat dalam ungkapan ini : Silat ialah menggerakkan dua tangan dan dua kaki dengan akal yang waras dan hati yang tenang.

Sekian, terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Ahad, 2 Ogos 2009

Majlis Ijazah Asas & Tamat (31 Julai 2009)


Gambar bawah - Bekas YDP UDM Shafrizal (kiri) dan bekas YDP UMT Muadz (kanan)





Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah pada 31 Julai 2009 baru - baru ini telah berlangsung dengan jayanya majlis ijzah asas dan tamat Silat Cekak Hanafi antara 2 buah universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Majlis bertempat di blok Othman di UDM. Antara yang hadir adalah penyelia kita iaitu En. Halim bin Che Rose, Guru Utama Silat Cekak Hanafi iaitu En. Marui@Marwi bin Latif atau dikenali sebagai Abang Joe, beberapa orang dari ibu pejabat Silat Cekak Hanafi, Abang Wan serta ahli - ahli tamat yang lain, serta ahli - ahli baru dan ahli - ahli yang bakal tamat. Seramai 65 orang dari UDM menyertai Ijazah Asas dan 21 orang menyertai Ijazah Tamat manakala 10 orang dari UMT menyertai Ijazah Asas dan 4 orang menyertai Ijazah Tamat. Ijazah kali ini menyaksikan bilangan kemasukan dan tamat tertinggi sejak beberapa tahun lalu. Ini membuktikan Silat Cekak Hanafi kembali mendapat keyakinan dari ramai orang untuk menyertainya. Diharapkan zaman "sepi" di mana sangat kurang ahli baru menyertai Silat Cekak Hanafi pada setiap ijazah sudah berakhir. Ayuh kita kukuhkan kembali perjuangan kita, majulah Silat Cekak Hanafi untuk semua!!

Kepada adik - adik baru kita selamat datang diucapkan, dan perlu diingat kita adalah bersaudara, jadi berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tiada perasaan pilih kasih di antara kita, kita semua adalah sama. Kami sangat mengalukan - alukan kedatangan anda ke Silat Cekak Hanafi. Selamat berjuang diucapkan kepada anda semua. Pesanan dari saya, kalau nak balajar dan mengadili Silat Cekak Hanafi ini sila la belajar sampai tamat dahulu, insyaAllah jika anda diberi hidayah dari Allah, anda akan nampak keindahan seni silat ini, bukan dari sudut luaran sahaja, tetapi yang paling penting dari sudut dalaman sekali. Nanti sesapa yang dah mula terbuka hatinya utk silat ni sila jawab sambung ayat ni ye "Kita bersilat bukan sekadar silat, ..........................................." . 

Apa yang penting.. Datang ke setiap kelas latihan yang diadakan untuk belajar silat, bukan untuk training sebab kita boleh training sendiri di rumah atau di mana - mana sahaja. Anda akan jumpa benda baru dalam setiap kelas latihan yang anda tak akan dapat bila training sendiri. Satu lagi yang penting adalah aspek kerjasama dan semangat setia kawan. Jadi diharapkan kita dapat menerapkan nilai - nilai murni ini dalam diri kita.

Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli baru yang memilih untuk menyertai Silat Cekak Hanafi ini, saya berharap anda semua dapat ke peringkat tamat, jadikannya salah satu dari cita - cita anda.

Sekian dari saya, terima kasih.

Dipost oleh - Zahir

Khamis, 30 Julai 2009

Kelas Latihan 30 Julai 2009

Assalamualaikum...

Hari ini kelas tambahan diadakan untuk ahli Silat Cekak Hanafi UMT yang akan ijazah tamat pada esok. Kelas hari ini diadakan bertujuan untuk menghabiskan semua buah potong yang dipelajari oleh ahli - ahli yang tertinggal buah potong pada kelas sebelumnya. Alhamdulillah walaupun hari hujan ramai yang turun untuk ke kelas latihan. Naib Yang Dipertua kita iaitu Farah begitu bersemangat untuk mengajar ahli - ahli supaya semua ahli dapat menghabiskan buah potong untuk mengambil ijazah tamat. Tahniah diucapkan untuk NYDP kita itu. Seperti biasa hari ini bilangan mattress yang digunakan adalah 16 keping untuk 10 orang ahli iaitu 2 lelaki dan 8 perempuan. Walaupun masing - masing agak terkejut kerana mendapat semua buah secara mendadak namun mereka masih dapat mengikuti segala buah yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli yang menghadirkan diri.. Apa yang penting... kerjasama.. Apa yang penting... kerjasama. Begitulah pentingnya hubungan yang akrab sesama ahli. Marilah kita sama - sama menaikkan martaat Silat Cekak Hanafi. Sekian, terima kasih...

Hayatilah kata2 berikut, pesan NYDP SCH UMT : "Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai" (cuba fikirkan apa kegunaan semua buah di peringkat potong, dan kaitkan dengan kata2 di atas)

Dipost oleh : Zahir

Rabu, 29 Julai 2009

Kelas Latihan 29 Julai 2009

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ini kita berjaya melangsungkan kelas latihan kita seperti biasa dan tanpa sebarang halangan. Latihan hari ini bertempat di bawah perpustakaan UMT. Seramai 14 orang menghadirkan diri iaitu 4 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Semua yang hadir ini mendapat semua buah di peringkat potong, namun disebabkan menerima banyak buah secara mendadak, ada yang tidak mampu mengingat dan menpraktikkannya. Seperti biasa, kelas kali ini membincangkan tentang majlis ijazah, kutipan bayaran untuk ijazah tamat dan cara pengangkutan ahli. Diharapkan lebih ramai ahli dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan kelas latihan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Pesanan : kepada sesiapa yang ingin training extra untuk buah potong sila hadirkan diri ke tempat latihan biasa di bawah perpustakaan pada petang esok.

Dipost oleh : Zahir

Ahad, 26 Julai 2009

Majlis Penerangan Di Universiti Malaysia Terengganu (UDM)
























Assalamualaikum.. Semalam telah berlangsung majlis penerangan untuk pengambilan ahli baru di UDM pada 25 Julai 2009. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Penyelia kelas kita iaitu Abang Halim tidak daoat menghadirkan diri berikutan isterinya bersalin dan mendapat puteri perempuan, tahniah untuk Abang Halim. En. Jaferee Lee bin Ariffin dari Kemamam yang kebetulan ada di Kuala Terengganu kerana mengadili pertandingan Silat Cekak Hanafi di sekolah di Setiu dijemput untuk memberi penerangan kepada bakal - bakal ahli baru Silat Cekak Hanafi. Namun masih tidak dapat dipastikan berapa orang ahli baru UMT yang datang ke majlis ijazah di UDM semalam kerana masih belum mendapat maklumat lanjut dari exco - exco berkaitan. Majlis semalam menjadi agak kelam kabut apabila ada di antara tetamu membuka soalan - soalan panas namun dapat di cover dengan baik oleh Abang Jaferee. Seperti biasa, majlis penerangan semalam turut disertakan dengan demonstrasi dari beberapa orang ahli SCHUMT n SCHUDM untuk menarik minat tetamu untuk mempelajari seni silat orang Melayu ini. Turut diadakan adalah demo papan sekeping yang dijayakan oleh Shaf dari UDM dan beberapa orang crook yang sangat familiar. Harap maaf, video tidak dapat diupload berikutan masalah connection, mungkin ahli lain akan update video nanti.. Sekian, terima kasih.

Dipost oleh : Zahir

Jumaat, 24 Julai 2009

kelas latihan 24 July 2009

Alhamdulillah, kelas berjalan dengan lancarnyer. Tenaga pengajar yang turun pada malam nie ialah Abg Wan dan dibantu oleh beberapa ahli tamat UMT yang lain. Secara keseluruhannya, 10 org yang diperingkat potong telah berjaya menghabiskan kesemua buah-buah potong. Tahniah diucapkan, walaupun ader yang memperlihatkan wajah yang berkerut2 ( sebab dapat buah sekali banyak, lagi2 yang banyak tertinggal kelas ). Bagi ahli yang belum menghabiskan buah-buah potong, anda dinasihatkan hadir ke kelas latihan terakhir ( 29 July 2009 jam 5.30 ptg bertempat di foyer library) sebelum ijazah Tamat. Sekali lagi diingatkan kelas yang akan diadakan selepas majlis ijazah hanyalah kelas asas dan tamat sahaja. sekian.

dipost oleh: vp1

Khamis, 23 Julai 2009

Kelas Latihan Di UDM 23 Julai 2009

Hari ini beberapa orang ahli Silat Cekak Hanafi dari Universiti Malaysia Terengganu telah ke UDM untuk menjalani latihan bersama untuk menghabiskan buah di peringkat potong. Alhamdulillah, diharapkan hubungan SCHUMT dan SCHUDM akan bertambah rapat dah berkekalan. Antara perkara yang dibincangkan tadi adalah berkenaan majlis penerangan yang akan diadakan malam esok di UMT dan malam lusa di UDM. Antara perkara lain yang turut disentuh adalah berkenaan majlis ijazah tamat. Dan disepakati juga tadi bahawa ahli - ahli demonstrasi yang terlibat mengadakan demonstrasi di UDM baru - baru ini akan terlibat kembali pada demonstrasi untuk majlis penerangan yang akan diadakan. Nantikan aksi - aksi dari kami. Semangat!! Semangat!! Sekian, terima kasih.

Dipost oleh - Zahir

Kelas Latihan 22 Julai 2009

Kelas latihan 29 Julai 2009 yang bertempat di Pantai Tok Jembal telah berjalan dengan "agak lancar". Apa yang dimaksudkan dengan "agak lancar" di sini ialah kelas latihan terpaksa dibatalkan berikutan keadaan hujan renyai - renyai yang melanda sekitar Kuala Terengganu beberapa hari ini. Kelas latihan yang sebenar terpaksa diadakan di bawah perpustakaan UMT, namun disebabkan di situ diadakan pameran oleh pihak UmT maka kelas latihan terpaksa diadakan di lokasi lain. 7 orang menghadirkan diri semalam iaitu Abang Halim (penyelia kelas latihan), saya, Muaz, Amir dan 3 orang lagi ahli perempuan. Kelas latihan semalam bertukar kepada perbincangan tentang lokasi kelas seterusnya, majlis penerangan, ijazah dan beberapa isu berbangkit. Kelas bersurai pada pukul 6 petang. Akhir kata, marilah kita meramaikan lagi kelas kita. InsyaAllah untuk pengambilan ahli baru yang terdekat diharapkan bilangan ahli di UMT akan bertambah ramai. Sekian, terima kasih.

Dipost oleh -Zahir-