Isnin, 8 Februari 2010

Majlis Ijazah Asas, Petua dan PandaiSilat @ CekakHanafi (Bersilat Bersama Guru Utama) Di UMT

Assalamualaikum. Pada 5 Februari 2010 baru ini telah diadakan 3 majlis sekaligus di UMT. Majlis - majlis tersebut adalah ijazah asas, majlis petua dan bersilat bersama guru utama sempena kempen PandaiSilat @ CekakHanafi. Majlis tersebut dihadiri lebih 50 orang kesemuanya. Majlis dimulakan dengan sesi ijazah asas yang bermula pada pukul 3.00pm. Seramai 16 orang dari UMT dan UDM yang menyertai ijazah asas pada kali ini. Majlis ijazah berakhir pada pukul 5.30pm dan kami bersama guru utama ke surau UMT untuk solat berjemaah dan diimamkan oleh saudara Aizuddin dari UDM. Sebaik sahaja selepas solat para VIP dihidangkan dengan jamuan ringan yang disediakan oleh AJK SCHUMT. Majlis petua diadakan pada pukul 6.00pm dan disampaikan oleh guru utama sendiri iaitu En. Marwi bin Latif. Pada sesi kali ini para peserta tidak kering gusi mendengar lawak bersahaja yang disampaikan oleh guru utama. Majlis ijazah berakhir pada lebih kurang pukul 7.00pm untuk memberi laluan untuk solat maghrib. Pada pukul 8.00pm pula diadakan kelas latihan seperti biasa tetapi agak istimewa kerana pada kali ini kami "Bersilat Bersama Guru Utama". Disebabkan ahli asas yang baru diijazahkan pada petang tadi  jugak turut menyertai kelas latihan maka kelas latihan dipecahkan kepada 3 iaitu kelas asas, jatuh dan tamat. Tips - tips yang diberikan oleh guru utama sangat membantu kami untuk membuat buah yang telah dipelajari dengan kemas. Pada akhir latihan kami semua berkumpul bersama - sama di datarang di Kompleks Kuliah untuk membuat "Senaman Bersama Guru Utama". Pada kali ini dapat disaksikan kehadiran ahli yang begitu ramai dan bersemangat. Majlis berakhir sekitar pukul 12 malam. Sempena kejayaan majlis kali ini tahniah diucapkan kepada AJK - AJK dan semua yang turut membantu menjayakan majlis ini. Dan kepada ahli - ahli baru selamat datang diucapkan dan pastikan anda hadir ke kelas seterusnya untuk mendapat sesuatu yang baru. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sekian, terima kasih.


AJK - AJK kain putih.


Perbincangan.


Penyelia kelas En. Halim Che Rose (Kanan) dan Abg. Wan (kiri)


AJK Pendaftaran


Suasana semasa Ijazah Asas.






Halim UDM kebosanan




Di surau UMT


Jamuan ringan







Rabu, 3 Februari 2010

LATIHAN MINGGUAN 29 JANUARI 2010

latihan mingguan telah dijalankan seperti biasa di kompleks kuliah 4 dan 5.  latihan yang bermula pada jam 8 mlm dan berakhir pada jam 11 malam telah diketuai oleh 3 orang jurulatih iaitu saudara Halim. saudara Hilmi dan saudara Riduan. Antara kelas yang dijalankan ialah kelas asas dan kelas kemahiran. jumlah kehadiran ahli asas agak merosot berikutan  jadual yang bertembung dengan waktu latihan. Walaubagaimanapun, kehadiran ahli tamat agak memberangsangkan. Sekian.

NYDP 1