Selasa, 29 Disember 2009

Tanda - Tanda Telah Hampir Kiamat


** Gambar hanyalah sebagai perhiasan**

Assalamualaikum.. Kali ini saya nak berkongsi artikel yang saya dapat dari internet. Kali ini berkenaan tanda - tanda bahawa telah hampir kiamat. Sama - samalah kita membaca dan menghayatinya..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’ Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.’- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’ - Sahih Muslim

~ dah nampak dah… profesion tertua di dunia telah berleluasa tanpa sempadan

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)
& penyanyi² wanita’ - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid’ - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.’ - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Adakah disekeliling kita ada yang tak bertegur sapa … renungkanlah….
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
ada kawan memfitnah & mengumpat kawan sendiri pasal
nak memburukkan org tu sehingga putus sahabat…

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan
ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia’ - Riwayat Thabrani


 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.’ - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…standard practice zaman ni…?

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara tanda² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)….
Masyaallah..kalau ada dlm ofis dan ahli keluarga ni tegur2 le…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.’ - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ - Sahih Muslim

~ Siaran TV, akhbar2 harian & majalah² yg popular sekarang nie…

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’ -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput & sungai²’ - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

Petikan diambil dari http://www.jejariaccess.com/blog .. dikreditkan kepada pengarangnya.. Harap kita semua mendapat keinsafan dan kesedaran dari artikel ini. Sedarlah kawan - kawan bahawa dunia sekarang sangat hampir dengan kiamat. Sudahkah anda bersedia? Sekian, terima kasih..

Kelas Latihan 25 Disember 2009




Assalamualaikum... Kelas latihan SCHUMT berjalan seperti biasa pada hari Jumaat malam pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam walaupun kelas SRP telah diadakan pada sebelah paginya. Alhamdulillah semua ahli yang hadir pada sebelah pagi tadi turut hadir pada sebelah malamnya. Kelas latihan dibahagikan kepada 2 iaitu kelas asas / jatuh dan kelas tamat. Kehadiran ahli asas sangat memberangsangkan. Semua ahli asas lelaki hadir pada latihan ini manakala ahli asas wanita tidak langsung kelihatan. Kelas tamat menumpukan kepada persiapan untuk menghadapi SRP pada awal bulan Januari 2010 ini. Diharapkan semua ahli supaya dapat menghadirkan diri pada kelas latihan yang akan datang. Bagaimanapun tahniah diucapkan kerana kelas kali ini mencatatkan peningkatan bilangan ahli yang turun ke kelas latihan. Semoga semangat ini akan berterusan.

Sekian, terima kasih.

Kelas Latihan SRP 25 Disember 2009




Assalamualaikum.. Pada pagi hari Jumaat 25 Disember 2009 yang lalu telah berlangsung kelas latihan untuk persediaan ahli - ahli Silat Cekak Hanafi UMT yang tamat untuk menghadapi ujian SRP atau Sijil Rendah Persilatan. Pada sem ini ramai yang menarik diri berikutan jadual kelas yang terlampau banyak. Namun untuk ahli - ahli yang bersemangat kental mereka masih bersemangat untuk menjalani latihan walaupun pada malamnya masih ada latihan untuk kelas biasa. Latihan pada hari Jumaat itu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Kelas dibantu oleh saudara Hilmi kerana penyelia kami iaitu Abang Halim tidak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan di Pahang. Walaupun kelas agak memenatkan namun kami semua sangat gembira dan bersemangat untuk meneruskan latihan.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 20 Disember 2009

Alam Mahsyar




ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dikreditkan kepada : http://www.jejariaccess.com/blog

Semoga semua mendapat faedah dan keinsafan daripada artikel ini.. Sekian, terima kasih.

Kelas Latihan 19 Disember 2009




Alhamdulillah, kelas latihan SCHUMT yang diadakan di Kompleks Kuliah 5 & 6 semalam telah berjalan dengan agak lancar dan mencatatkan kehadiran ahli yang memberangsangkan. Walaupun cuaca tidak menentu semalam namun masih ramai ahli yang bersemangat untuk menghadirkan diri. Tahniah diucapkan kepada ahli - ahli yang sanggup hadir terutamanya ahli di peringkat asas walaupun jarak antara penginapan dan kelas latihan agak jauh. Semalam juga menyaksikan saudara Hilmi dari UTM turut turun ke kelas latihan untuk membantu mengajar, saudara Hilmi telah habis pengajian di UTM dan sementara menunggu keputusan kerja beliau mungkin akan selalu turun untuk membantu kelas latihan. Seramai 14 orang menhadirkan diri semalam termasuk Abang Halim, Abang Wan, Abang Zul dan Hilmi. Kelas latiahan untuk persediaan SRP semalam agak intensif dan meletihkan, namun kami semua masih dapat mengikut rentak kelas tersebut.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 17 Disember 2009

Muhasabah Diri Sempena Tahun Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W yang ke 1431

Assalamualaikum.. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua warga SCHUMT dan semua penonton blog ini berkenaan betapa pentingnya konsep hijrah di dalam hidup kita sebagai orang Islam yang bergelar hamba Allah agar kita dapat menginsafi diri dan agar menjadi seorang hamba Allah yang lebih bertakwa. Saya pastekan di sini artikel yang saya sudah lama simpan di dalam komputer saya yang saya ambil dari website JAKIM.

PENGORBANAN DAN PENGHIJRAHAN SUATU TUNTUTAN ISLAM



PENGERTIAN HIJRAH

Mungkin kita memahami pengertian Hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhan Illahi. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar. Ra'd ayat 11 yang bermaksud:



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.



Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini akan berada di bulan Muharram bagi tahun baru 1430H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian. Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada taqwim Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan taqwim Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah.

Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail A.S serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Jelas sekali hubungan rapat antara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.

PEMBANGUNAN JIWA

Pembangunan jiwa merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material. Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan sebaik mungkin untuk memastikan tamadun material yang akan terbina kelak tidak akan sia-sia.

Namun untuk memastikan cita-cita tersebut tercapai, jiwa insan perlulah diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan akhirat. Ini seterusnya akan dapat menyedarkan manusia tentang matlamat hidupnya di atas muka bumi ini. Dan di sini seluruh manusia perlu memikul dua tanggungjawab utama iaitu selaku hamba Allah dan selaku khalifah Allah.

Sebagai hamba Allah, manusia dikehendaki mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud :

'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku'.

Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruh perintah dan menjauhi segala larangan-Nya dan juga mengekalkan rasa kehambaan. Sebagai khalifah Allah pula, manusia telah dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah ini berpandukan segala hukum-hakam dan Syariat Allah dalam segenap aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, perubatan, pertanian, sains, teknologi, pendidikan dan sebagainya.

PEMBANGUNAN MENTAL/PEMIKIRAN

Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan mental (akal). Akal manusia mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardhu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para pelajar tidak akan sahaja mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikir bahawa di sebalik segala kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah ini dan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintah-Nya.

Selain daripada pengisian ilmu yang bermanfaat, akal juga haruslah dibangunkan dan dibentuk melalui perbincangan, penyelidikan dan juga pembacaan. Bermusyawarah dan berbincang juga secara tidak langsung akan dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam kepada akal kita. Di samping itu, Islam juga menganjurkan kita supaya menjaga adab-adab bermusyawarah supaya manfaatnya akan terhasil semaksima mungkin. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud :

'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk'.

PEMBANGUNAN FIZIKAL/ TUBUH BADAN

Sekiranya jiwa dan akal sahaja dibangunkan, tetapi fizikal lemah, maka tamadun Islam dan peribadi muslim juga akan terhalang pembinaannya. Kalau diamati, apakah faedah yang dapat diperolehi daripada seorang manusia yang lemah tubuh badannya, tidak bermaya dan lesu?, Setiap masa ditimpa dengan pelbagai jenis penyakit. Kita tidak menafikan bahawa sakit itu merupakan ujian dari Allah s.w.t. Namun demikian, seseorang manusia itu tidak boleh menempah maut dengan membiarkan dirinya diselubungi dengan pelbagai jenis penyakit yang mungkin boleh membawa maut.

Oleh itu, kita perlu memiliki fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang mahukan hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi ini. Tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang sihat, seterusnya dapat merancang pelbagai perkara untuk manfaat umat Islam sejagat.

Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syarak. Ini amat bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 172 :

'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya'

Setelah memenuhi kesemua aspek yang telah diterangkan tadi, maka kita akan dapat merasakan berlakunya suatu perubahan yang amat ketara di dalam jiwa dan minda kita. Dan di sini sudah tentunya proses pembinaan insan sudah mula tercapai dengan sebaik yang mungkin.

Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan "Budaya Hijrah" dalam kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:

(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa'i)

Yang bermaksud: "Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah."


Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah SAW ialah:

1. Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan.
2. Hijrah itu ialah kejayaan. Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan berpaksikan akidah Islamiah.

Jika Rasulullah SAW berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotakkatikkan kita sesuka hati mereka.

Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74:

Yang bermaksud: "Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia".


KESIMPULAN

Sesungguhnya keyakinan, kecekalan, kesungguhan, ilmu, kematangan, pengorbanan dan kesatuan umat Islam adalah lahir dari semangat hijrah. Sememangnya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah merupakan sumber bekalan dan kekuatan umat yang kini kian dilupakan.


Saya ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah dengan azam dan semangat yang baru.. Sama - samalah kita berhijrah dari negatif ke positif, dalam segala perkara. Selamat menyambut tahun 1431 Hijrah. Sama - samalah kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sekian, terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Dalam Diam Besi Berkarat, Dalam Diam Ubi Berisi


**Video demo di atas adalah hak milik SCHUM dan saya meletakkannya di sini untuk tujuan promosi sahaja**

Saksikan video demo SCHUM yang saya dapat dari Youtube tentang demonstrasi dari SCHUM. Perhatikan bagaimana setiap langkah gerak yang digunakan untuk mempertahankan diri dan perhatikan betapa halusnya seni yang digunakan untuk melakukan pergerakan yang sedemikian. Ramai orang beranggapan bahawa sebarang silat adalah "slow", lembab dan pelbagai lagi tanggapan negatif. Sedangkan kebanyakan silat yang wujud sekarang tidaklah pula sebegitu negatif. Berbalik kepada Silat Cekak Hanafi, setiap langkah geraknya adalah sangat halus dari segi seninya dan dapat dibuktikan dan dijelaskan dari segi saintifik. Disitulah letaknya keistimewaan Silat Cekak Hanafi ini. Dari segi kelajuan pergerakan pula memang tidak dapat disangkal lagi Silat Cekak Hanafi menggunakan kaedah - kaedah mempertahankan diri yang sangat ringkas, efektif, cepat dan berbahaya. Ianya sudah terbukti mampu digunakan untuk mempertahankan diri dari sebarang ancaman dengan izin Allah S.W.T.

Ramai orang sering bertanya "Adakah saya perlu seorang yang kuat dan aktif dari segi fizikal untuk belajar Silat Cekak Hanafi?". Sebenarnya semua ini hanyalah satu anggapan yang salah. Segala kaedah mempertahankan diri yang diajar semuanya tidak memerlukan kekuatan luar biasa untuk menewaskan musuh. Disebabkan setiap kaedah yang sangat ringkas dan efektif kita mampu untuk mempertahankan diri walaupun musuh itu berbadan sasa, tegap, bersenjata dan kelihatan ganas. Kata orang "Kalau mampu bawa bakul untuk belli sayur dipasar bermakna anda mampu untuk belajar Silat Cekak Hanafi" . Begitulah perumpamaannya yang bermaksud sesiapa sahaja mampu untuk belajar silat ini untuk mempertahankan diri.

Dan ramai juga orang bertanya "Kenapa Silat Cekak Hanafi tak menyertai pertandingan seni mempertahankan diri seperti olahraga dan sebagainya?".. Untuk pengetahuan anda Silat Cekak Hanafi adalah silat yang hanya digunakan untuk mempertahankan diri dan bukannya silat yang boleh dipertandingkan. Ini kerana setiap kaedah yang digunakan untuk mempertahankan diri mampu untuk membunuh walaupun kaedah itu nampak ringkas sahaja. Semua kaedah mempertahankan diri yang diajar dalam Silat Cekak Hanafi akan diakhiri dengan keputusan sama ada pengsan, patah atau mati. Saya bukannya ingin bermegah - megah namun itulah kenyataannya dan memang dapat dibuktikan.

Sering juga orang beranggapan bahawa semua silat mengandungi unsur - unsur khurafat. Sebenarnya bukan semua begitu. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Begitulah perumpamaannya. Silat Cekak Hanafi tidak mengandungi sebarang unsur - unsur khurafat dan mensyirikkn Allah S.W.T. Sebaliknya dalam setiap aspek pembelajaran silat ini menekankan tentang kepentingan akidah dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Jika kita rasa kita sudah berkuasa bagaimana jika kita dalam keadaan sebenar kita diancam dgn musuh yang ingin mengancam nyawa kita.. Walau kita sudah mahir silat sekalipun tapi jika Allah S.W.T tidak mengizinkan kita tidak mampu mengguna pakai apa yang telah kita pelajari selama ini.

Dalam video demonstrasi di atas hanya ditunjukkan kaedah - kaedah mempertahankan diri yang asas. Masih ada buah rahsia yang merbahaya dan efektif yang tidak dapat ditunjukkan di khalayak ramai kerana ketinggian nilai seni kaedah - kaedah mempertahankan diri dalam Silat Cekak Hanafi. Untuk mempelajarinya anda haruslah menyertai Silat Cekak Hanafi terlebih dahulu.

Pengambilan ahli baru di Kuala Terengganu khususnya di UMT dan UDM akan berlangsung pada 15 Januari 2010 ini jika tiada sebarang masalah. Untuk sebarang pertanyaan atau yang berminat sila tinggalkan komen di post ini. Sekian terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Kelas Latihan 16 Disember 2009



Assalamualaikum.. Kelas latihan SCHUMT yang pertama untuk sem baru ini telah diadakan di Foyer Perpustakaan UMT dengan kehadiran 6 orang termasuk penyelia kelas latihan kami iaitu Abang Halim. Memang sudah dijangkakan kehadiran ahli sangat merosot apabila sem baru bermula berikutan perubahan waktu kuliah yang diambil oleh para pelajar dan sebahagian besar ahli gagal menghadirkan diri berikutan pertembungan waktu kelas latihan dan kuliah masing - masing. Disebabkan semangat yang kental maka masih ada yang sanggup menghadirkan diri walaupun kekurangan ahli dan tahniah diucapkan kepada ahli - ahli yang menghadirkan diri semalam.. Diharapkan lebih ramai ahli dapat menghadirkan diri di kelas yang seterusnya.. Sama - samalah kita perkasakan Silat Cekak Hanafi Universiti Malaysia Terengganu. InsyaAllah... Sekian, terima kasih..

Sabtu, 12 Disember 2009

Al - Fatihah Untuk Allahyarham Mohd Harisin Ramin

Assalamualaikum.. Sahabat dan rakan seperjuangan silat kita iaitu saudara Mohd Harisin Ramin atau sering dikenali dengan nama Harisin di kalangan sahabat karib telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11 malam 11 Disember 2009 iaitu pada malam semalam kerana terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke UMT untuk semester yang baru bermula. Tiada apa yang ingin diperkatakan tentang arwah kerana arwah seorang yang peramah dan dihormati di kalangan rakan - rakannya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al -Fatihah.