Isnin, 5 Oktober 2009

Kelas Latihan 30 September 2009


Gambar atas : Kejadian "gelang" bulan yang menjadi bualan ramai baru - baru ini.. Hayatilah kebesaran Allah S.W.T...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. Kelas latihan kita pada hari Rabu baru ini telah berjalan dengan lancar sekali.. Kelas itu merupakan kelas latihan pertama yang diadakan selepas cuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Kelas latihan yang bertempat di Perpustakaan UMT telah dihadiri oleh beberapa ahli  antaranya adalah ahli tamat dan ahli asas walaupun dalam keadaan hujan renyai - renyai. Saya tidak sempat mengira jumlah ahli yang hadir semalam tetapi saya anggarkan lebih kurang 6 orang ahli lelaki yang menghadirkan diri semalam. Aktiviti pertama yang diadakan sebaik sahaja memasuki kelas latihan adalah mengalihkan semua kerusi ke tepi dinding. Kelas latihan semalam menyaksikan ahli - ahli asas yang baru mendapat beberapa lagi buah asas dan jatuh dari Abang Halim iaitu penyelia kelas latihan di UMT dan UDM. Masing - masing begitu tekun untuk mendapat buah yang seterusnya walaupun masih ada segelintir ahli yang tidak hadir kerana masih bercuti sakan. Manakala bagi ahli tamat pula, mereka  berlatih buah bersama dengan ahli asas kerana  keadaan tempat latihan yang agak terbuka.  Masing - masing agak janggal untuk melakukan buah kerana tidak berlatih selama 2 minggu  sempena cuti hari raya.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli sama ada asas dan tamat kerana sanggup datang ke kelas latihan walaupun agak jauh dan dalam keadaan hujan. Diharapkan kita semua dapat mengekalkan semangat sebegini. Dan pastikan kita tidak malas untuk ke kelas latihan walaupun sebahagian ahli sudahpun sampai ke peringkat tamat, banyak lagi yang perlu dipelajari. Sekian terima kasih...

Hidup Cekak Hanafi UMT!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan