Khamis, 16 Julai 2009

Demonstrasi Di Pesta Konvo UDM
















Alhamdulillah, tamatlah sudah Demonstrasi yang diadakan dengan gabungan bersama antara pihak SCHUDM dan SCHUMT untuk pesta konvo di UDM pada 15 Julai 2009 semalam. Disertai oleh 16 orang ahli yang masing - masing sebahagiannya baru pertama kali menyertai demo. Persiapan dijalankan mengikut masa yang sepatutnya namun demonstrasi ini ditangguhkan sedikit lewat berikutan kelewatan tiba VIP. Akhirnye lebih kurang pukul 11 malam barulah demo dapat dijalankan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ada beberapa orang termasuk saya yang terlalu gembira sehinggakan tersalah langkah. Apa yang lebih menggembirakan apabila kedengaran suara - suara yang kebimbangan semasa buah - buah yang kelihatan berbahaya diadakan. Dan penat lelah kami semua terbalas apabila persembahan kami diakhiri dengan tepukan gemuruh dari penonton. Semoga semangat perjuangan terus membara, dan kekalkan persaudaraan antara kita. Sekian laporan dari saya.

Dipost oleh : Zahir

1 ulasan:

  1. TAHNIAH diucapkan atas kejayaan demonstrasi gabungan PSSCUH UMT dan UDM, di Pesta Konvo UDM.Apa yg amat membanggakan d sini ialah kerjesame dan komitmen yang bersungguh2 yang yang telah diberikan oleh setiap individu dari awal hingge akhir telah membuahkan hasil. secara peribadi, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepade team demo kerane x dapat turut serta di saat2 akhir atas sebab urusan peribadi. sebarang kesulitan amat saya kesali. sekian- vice president 1 PSSCUH UMT

    BalasPadam