Ahad, 8 Mac 2009

Majlis Ijazah Potong Di UDM (27 Februari 2009)









Assalamualaikum semua... Pertamanya saya ingin memohon maaf kepada semua kerana lambat menerbitkan laporan ini atas ke'bz'an saya. Seperti semua maklum pada 27 Februari 2009 iaitu pada hari Jumaat telah berlangsung majlis ijazah potong di UDM bagi lebih kurang 50 ahli Silat Cekak Hanafi di 2 buah universiti iaitu UMT dan UDM. 

Majlis ijazah potong tersebut bermula pada pukul 3 petang iaitu selepas solat jumaat. Ahli - ahli perempuan Cekak Hanafi UMT datang ke UDM dengan menyewa sebuah van manakala ahli - ahli lelaki datang dengan kenderaan sendiri yang pastinya motorsikal iaitu keperluan asas bagi pelajar sekarang. Beberapa ahli lelaki CHUMT terpaksa datang lambat berikutan terdapat ujian yang perlu mereka ambil di UMT. Majlis iazah didahului dengan pelajar - pelajar dari UDM dan diikuti pelajar - pelajar dari UMT. Guru Utama SCH iaitu En. Marwi bin Latif mengijazahkan semua ahli sambil diiringi sindiran, gurauan dan gelak tawa.

Terima kasih diucapkan kepada pembeli pisau untuk ijazah potong iaitu saudara Idris kerana membeli pisau yang mendapat pujian dari En. Marwi. Pisau itu yang bersarung warna pink sangat comel dan cute. Kebimbangan dapat dirasai oleh pembeli pisau tersebut kerana bimbang pisau akan tercabut dari hulunya ketika memotong limau purut. Di majlis itu juga dapat disaksikan bahawa sebenarnya terdapat ramai ahli yang 'gila gambar' kerana masing2 terutama ahli lelaki tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Saudara Halim dari UDM juga ingin bergambar tetapi sayangnya tidak dilayan oleh saudara Jue atau nama glamournya WGS.

Terdapat juga seorang ahli yang berseluar jeans yang datang untuk memeriahkan majlis itu. Majlis mandi disempurnakan oleh penyelia kami iaitu Abg Halim dan Hafiz no 2 dari UDM. Saudara Jue mengambil kesempatan untuk merakam gambar ahli2 lelaki yang sedang bersiap sedia untuk mandi limau tetapi malangnya hasratnya itu terbantut kerana dihalang oleh seorang penyelamat bernama Zahir yang bertindak menutup pintu tandas.

Majlis itu turut menyaksikan guru utama menunjukkan beberapa buah dan pemakan - pemakan yang lain. Terdapat beberapa ahli yang ingin mencuba buah dari guru utama tetapi hanya seorang yang bernasib baik iaitu presiden kita Ameer yang mendapat buah pertama (ameer rasa bangga sehingga mengalami masalah sukar tidur kerana teringatkan peristiwa yang penuh bersejarah dan gilang - gemilang itu). 

Pesan - pesan guru utama :

1) Training shadow

2) Bagi tamat

3) Selalu ingatkan Allah (semua gerakan dan perbuatan kita dapat disempurnakan dengan izin Allah, jika Allah tidah mengizinkan kita tidak dapat menggunakan silat dalam keadaan terdesak walaupun kita telah mahir semua buah dan gerakan)

4) Ingat peraturan - peraturan silat

Majlis itu berakhir pada lebih kurang pukul 7 malam.



Majulah silat untuk kita semua :)


Dipost oleh : Zahir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan