Rabu, 11 Mac 2009


Assalamualaikum semua...

Hari ini kelas latihan di bawah perpustakaan UMT telah berjalan dengan 'lancar' sekali. Hanya 5 orang iaitu 3 ahli lelaki dan 2 ahli perempuan menghadirkan diri di kelas latihan. Saya yang sampai sedikit lewat iaitu pada pukul 5.35pm agak terkejut apabila mendapati hanya 2 orang yang berada di sana. Maka tanpa rasa segan dan silu dan pilu kami berbincang mengenai program induksi yang bakal diadakan pada bulan Mac ini. Setelah lebih kurang 10 minit berbual - bual, beramah mesra, bercakap - cakap dan bertemu ramah sesama sendiri akhirnya Abg Halim tiba. Dia agak terkejut bila mendapati hanya 3 orang je yang datang. Kami tanpa membuang masa terus bergegas ke bilik mattress untuk mengambil beberapa keping matress. Setelah lama menunggu kami memulakan aktiviti warm up. Pada masa ni seorang ahli perempuan tiba, lalu maka hatta itu dia pun turut sama mengikutinya. Hari ini Abg Halim bagi buah pelari pisau. Sebelum tu Abg Halim bagi test dulu sebab mana la tau takut2 tibe2 tertikam betol2 kan susah pulak. Lepas test mereka mendapati bahawa sarung pisau pun tajam jugak sebab siap kene tikam betol2 tadi. Ada seorang budak tu sampai takut nak buat buah. Semasa tengah dapat buah pelari pisau tu datang la seorang lagi ahli perempuan. Dia nampak ganas iaitu berpakaian kasut but dan agak menakutkan. Tapi bila Abg Halim nak bagi pelari pisau she refused to get it sebab die ada aktiviti lain nanti. Akhirnya aktiviti kami diakhiri dengan sesi bersoal jawab sehingga Abg Halim terpaksa pulang lewat walaupun Abg Halim ada kerja lain nanti.

Serba sedikit mengenai kelas latihan hari ini...

Suasana : Suram, pilu, sunyi.

Kedatangan : 3 lalaki, 2 perempuan

Bilangan matress : Yang dipasang 10 keping, yang digunakan 6 keping.

Sekian, majulah Cekak Hanafi untuk kita semua.... :)

Dipost oleh : Zahir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan