Rabu, 5 Ogos 2009

Kelas Latihan 5 Ogos 2009


Assalamualaikum...

Petang ini merupakan kelas pertama bagi ahli2 baru ijazah asas di UMT. Seperti biasa kelas latihan diadakan di bawak perpustakaan UMT.... Seramai 13 orang menghadirkan diri hari ini termasuk Halim dari UDM untuk menggantikan tempat Abg Halim iaitu penyelia kelas yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari ini. Seramai 4 orang ahli asas lelaki, 3 orang ahli asas perempuan, dan 5 orang ahli tamat lelaki menyertai kelas latihan tersebut. Masing2 mendapat Kaedah A dan Kaedah B dari Halim.. Pada kelas berikutnya, kelas latihan akan diadakan di KK9 iaitu pada hari Jumaat malam nanti... Ahli - ahli yang tidak menghadirkan diri pada hari ini diharap dapat menghadirkan diri pada kelas yang berikutnya...

Kesimpulan pada kelas kali ini :

  1. Setiap ahli perlu mahir mengamalkan latihan tangan pertama, kedua dan latihan kaki. Walaupun nampak remeh tapi latihan - latihan ini amat berguna untuk membiasakan diri kita dengan pergerakan tangan dan kaki untuk buah - buah yang akan dipelajari. Seelok - eloknya latihan tangan ini hendaklah diamalkan setiap hari. Paling kurang pun selepas bangun dari tidur, apabila selalu dibuat akan jadi kebiasaan dan senang untuk membuat segala buah yang akan diberi nanti.
  2. Kaedah - kaedah adalah amat penting dalam Silat Cekak Hanafi kerana kaedah adalah asas kepada semua buah yang akan dipelajari nanti. Setiap ahli seharusnya mahir, kemas dan cepat dalam melakukan kaedah kerana setiap buah menggunakan kaedah - kaedah yang dipelajari pada peringkat awal. Setiap ahli hendaklah berlatih membuat kaedah walaupun dengan ketiadaan pasangan untuk berlatih silat, teknik ini yang lebih dikenali sebagai "shadow" mampu membuatkan kita ingat dengan mendalam segalah kaedah dan seterusnya dapat membuat kaedah dengan kemas dan pantas apabila menerima serangan.

Marilah kita renungkan ungkapan yang saya dengar dari Abang Abu Huzaifah (bekas setiausaha agung SCH), tetapi saya tidak pasti sama ada beliau mengambil ungkapan ini dari orang lain, cuma yang penting kita dapat memahami maksud yang tersirat dalam ungkapan ini : Silat ialah menggerakkan dua tangan dan dua kaki dengan akal yang waras dan hati yang tenang.

Sekian, terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Ahad, 2 Ogos 2009

Majlis Ijazah Asas & Tamat (31 Julai 2009)


Gambar bawah - Bekas YDP UDM Shafrizal (kiri) dan bekas YDP UMT Muadz (kanan)





Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah pada 31 Julai 2009 baru - baru ini telah berlangsung dengan jayanya majlis ijzah asas dan tamat Silat Cekak Hanafi antara 2 buah universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Majlis bertempat di blok Othman di UDM. Antara yang hadir adalah penyelia kita iaitu En. Halim bin Che Rose, Guru Utama Silat Cekak Hanafi iaitu En. Marui@Marwi bin Latif atau dikenali sebagai Abang Joe, beberapa orang dari ibu pejabat Silat Cekak Hanafi, Abang Wan serta ahli - ahli tamat yang lain, serta ahli - ahli baru dan ahli - ahli yang bakal tamat. Seramai 65 orang dari UDM menyertai Ijazah Asas dan 21 orang menyertai Ijazah Tamat manakala 10 orang dari UMT menyertai Ijazah Asas dan 4 orang menyertai Ijazah Tamat. Ijazah kali ini menyaksikan bilangan kemasukan dan tamat tertinggi sejak beberapa tahun lalu. Ini membuktikan Silat Cekak Hanafi kembali mendapat keyakinan dari ramai orang untuk menyertainya. Diharapkan zaman "sepi" di mana sangat kurang ahli baru menyertai Silat Cekak Hanafi pada setiap ijazah sudah berakhir. Ayuh kita kukuhkan kembali perjuangan kita, majulah Silat Cekak Hanafi untuk semua!!

Kepada adik - adik baru kita selamat datang diucapkan, dan perlu diingat kita adalah bersaudara, jadi berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tiada perasaan pilih kasih di antara kita, kita semua adalah sama. Kami sangat mengalukan - alukan kedatangan anda ke Silat Cekak Hanafi. Selamat berjuang diucapkan kepada anda semua. Pesanan dari saya, kalau nak balajar dan mengadili Silat Cekak Hanafi ini sila la belajar sampai tamat dahulu, insyaAllah jika anda diberi hidayah dari Allah, anda akan nampak keindahan seni silat ini, bukan dari sudut luaran sahaja, tetapi yang paling penting dari sudut dalaman sekali. Nanti sesapa yang dah mula terbuka hatinya utk silat ni sila jawab sambung ayat ni ye "Kita bersilat bukan sekadar silat, ..........................................." . 

Apa yang penting.. Datang ke setiap kelas latihan yang diadakan untuk belajar silat, bukan untuk training sebab kita boleh training sendiri di rumah atau di mana - mana sahaja. Anda akan jumpa benda baru dalam setiap kelas latihan yang anda tak akan dapat bila training sendiri. Satu lagi yang penting adalah aspek kerjasama dan semangat setia kawan. Jadi diharapkan kita dapat menerapkan nilai - nilai murni ini dalam diri kita.

Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli baru yang memilih untuk menyertai Silat Cekak Hanafi ini, saya berharap anda semua dapat ke peringkat tamat, jadikannya salah satu dari cita - cita anda.

Sekian dari saya, terima kasih.

Dipost oleh - Zahir