Khamis, 13 Ogos 2009

Lagu Rasmi Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak

Penuh kesetiaan dan perpaduan
Kita junjung hasrat semua
Kepada guru, ibu dan bapa
Jasamu tetap dikenang

Kita menjaga keselamatan diri
Penuh semangat yang suci
Dengan asuhan jasmani dan rohani
Itulah amalan kami

Kita bersatu bicara benar
Tindak dengan bijaksana
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Peneraju warisan mutlak

Kita berani dan beramanah
Mendukung wawasan mulia
Seni budaya pusaka kita
Untuk bangsa, agama dan negara


Assalamualaikum semua...

Saya dah letakkan video klip lagu rasmi Silat Cekak Hanafi iaitu Peneraju Warisan Mutlak kat sini. Diharapkan semua ahli dapat menghafal dan menghayati dengan fasih lagu ini kerana ianya akan membuatkan kita lebih bersemangat dan menyayangi persatuan Silat Cekak Hanafi ini. Memang la agak susah mula - mula nak hafal, tapi dulu saya hafal dalam masa 30 minit je. Lagu ni ringkas sangat, kalau kira betul - betul ada 1 minit 30 saat je. Mula - mula saya nak letak lagu je n bukan video tp disebabkan video ni ada sekali dengan lirik jadi lebih senang untuk para ahli menghafalnya. Lagu ni ada banyak maksud tersirat tau, mula - mula dapat hafal tu memang la xada rasa ape tau, nanti bila dah fasih n dapat hayati semua makna kita akan bangga dengan perjuangan kita ini.

Jom kita hafal k, nanti kita nyanyi lagu ni sama - sama kalau ada kesempatan. Kita nyanyi ramai - ramai sebagai satu kumpulan yang penuh bersemangat... ok!!!!

Kelas Latihan 12 Ogos 2009


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kelas latihan kita pada petang tadi iaitu pada 12 Ogos 2009 bertempat di bawah perpustakaan UMT telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih kurang 20 orang menghadiri kelas latihan tersebut. Ahli lelaki lebih kurang 10 orang dan begitu juga ahli perempuan. Apa yang menarik hari ini ialah kelas latihan semakin meriah dengan kehadiran ahli yang agak ramai berbanding sebelumnya di mada ada ahli yang tidak turun latihan dan sebagainya. Dapat disaksikan juga semangat ahli peringkat asas begitu kuat untuk mempelajari silat ini sehingga menjadi over excited dan tidak sabar - sabar untuk membuat buah yang dipelajari rakan mereka dalam latihan. Diharapkan semangat positif begini dapat berterusan demi memantapkan lagi kedudukan Silat Cekak Hanafi di Universiti Malaysia Terengganu ini.

Hari ini ahli asas mendapat asas Buah Pertama dan asas Keputusan Gayung Fatani dari penyelia kelas kita iaitu Abang Halim. Walaupun pergerakan kebanyakan ahli masih lagi agak janggal kerana masih belum membiasakan diri dengan pergerakan silat namun telah banyak perubahan dapat disaksikan dari pergerakan mereka berbanding sebelum ini. Tahniah diucapkan atas semangat perjuangan yang ditunjukkan. Sekian dari saya, terima kasih.

**** Kelas latihan hari ini adalah yang terakhir pada minggu ini, UMT akan bercuti selama seminggu dan kelas latihan akan disambung selepas cuti, semoga semua ahli sentiasa dalam perlindungan dan keredhaan Allah S.W.T, amiin... Selamat bercuti, nanti kita jumpa lagi *****