Khamis, 1 April 2010

" MAN JADDA WAJADA "


Salam ukhwah buat pembaca terutama ahli PSSCUH UMT.  Dimulakan dengan perkataan "man jadda wajadda"..kalimat ini sering meniti di bibir pelajar terutamanya yg fasih berbahasa arab. Kalimat ajaib berbahasa Arab ini membawa maksud yg  ringkas tapi tegas iaitu  ”Siapa yang bersungguh-sungguh, akan berhasil” insyaAllah.  sejauh mana ayat ini berguna dalam kehidupan seharian terutama sebagai pelajar, terpulang pada setiap individu. siapa yg berharap atas kejayaan haruslah berusaha sebelum bertawakkal ( konsep tawakal)  kepadaNya diaplikasikan.  Dalam agama islam juga ada ditegaskan bahawa  " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya". Oleh itu sahabat, tepuk dada tanya iman...kemana arah tujuan kita...kejayaan atau sebaliknya.




Di musim peperiksaan dan juga sesi pembentangan Thesis bagi pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Terengganu., pihak PSSCUH UMT ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan pembentangan dengan tenang dan bersedia. Semoga Allah mempermudahkan  kiter semua dalam menghadapi setiap cabaran hidup. Moga kejayaan didunia membawa kiter mencapai kejayaan di Akhirat. SALAM.

post by
-admin-

1 ulasan:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    BalasPadam