Selasa, 5 Januari 2010

Sekitar Ujian SRP Zon Timur Di UMT

Assalamualaikum semua.. Pada 1 dan 2 Januari 2010 baru - baru ini telah berlangsung majlis ujian SRP (Sijil Rendah Perslatan) Zon Timur di Universiti Malaysia Terengganu. Seramai 12 orang ahli wanita dan 5 orang ahli lelaki dari Universiti Darul Iman (UDM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil ujian SRP kali ini.


Pada sebelah pagi 1 Januari 2010 diadakan Kursus Persediaan Teori SRP di Kompleks Kuliah 8 bagi ahli - ahli tamat yang akan menduduki ujian teori dan bertulis SRP pada sebelah malamnya. Kursus ini dikendalikan oleh En. Azmi Ibrahim dan En. Azwan Yunos bin Omar iaitu wakil dari ibu pejabat. Pada mulanya majlis berlangsung dengan agak suram namun setelah beberapa ketika sesi kursu menjadi meriah diikuti dengan pelbagai soalan yang dikemukakan oleh para ahli. Kursus ini bermula pada pukul 9.00am dan berakhir sekitar 11.30am. Sedikit jamuan pagi telah disediakan bagi semua yang menghadiri kursus tersebut.

Pada sebelah malamnya iaitu pada malam 1 Januari 2010 telah diadakan dua acara serentak iaitu Ujian Teori Bertulis untuk ahli tamat yang mengambil SRP dan Kursus Penerapan Nilai untuk ahli yang telah mengambil SRP dan Kursus Asas Kejurulatihan. Ujian teori SRP bermula pada pukul 8.30pm dan berakhir pada 9.30pm. Pelbagai gelagat dapat disaksikan dari ahli - ahli yang mengambil ujian teori beikutan kesilapan semasa membuat ujian teori dan bertulis SRP. Untuk Kursus Penerapan Nilai yang berlangsung di Kompleks Kuliah 7 pula majlis berakhir sekitar jam 10.30pm.



















Keesokan harinya iaitu pada 2 Januari 2010 maka tibalah acara yang dinanti - nantikan dan juga merupakan hari paling mendebarkan kepada setiap peserta yang menduduki ujian SRP iaitu masa untuk ujian praktikal. Ujian ini berlangsung di Kompleks Kuliah 4 pada pukul 9.00am dan berakhir pada pukul 1.30pm. Pelbagai gelagat peserta dapat disaksikan pada detik tersebut. Ini dapat diperhatikan dari mimik muka para peserta, ada yang pucat, ada yang terketar - ketar, ada yang tak bercakap langsung, ada yang terlalu asyik panaskan badan dan macam - macam lagi. Ujian praktikal kali ini diadili oleh En. Halim Che Rose, En.Azmi Ibrahim, dan En.Azlan sebagai juri. Semasa dalam bilik ujian pelbagai aksi dapat disaksikan sama ada lucu, mendebarkan dan jugak detik - detik penuh beremosi. Para "tester" yang "ganas"dan "kejam" sedikit sebanyak berjaya menakutkan ahli - ahli yang mengambil ujian praktikal. Namun ujian praktikal berakhir dengan jayanya dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Majlis makan tengah hari diadakan secara kecil - kecilan selepas ujian praktikal di Kompleks Kuliah 5. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjayakan majlis kali ini. Tidak lupa juga diucapkan kepada semua exco dan petugas - petugas pada hari tersebut yang kebanyakannya adalah ahli - ahli peringkat asas dan jugak ahli lama SCHUMT yang telah memberikan khidmat besar kepada Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UMT, tanpa mereka majlis ini tidak mungkin berjalan dengan sebegini lancar. hari itu juga menyaksikan kehadiran ahli yang paling ramai ditambah lagi dengan kehadiran ahli dari UDM yang turut menjalani ujian dan membantu perjalanan majlis.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Sama - samalah kita meriahkan lagi persatuan kita. Salam Cekak Hanafi untuk semua. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan