Sabtu, 6 Ogos 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
To all our fellow Muslim readers, we would like to wish you a Blessed & Fruitful Ramadhan! May it be a joyous month and insyaAllah, a month of being closer to Allah.
Ahad, 30 Januari 2011
SCHUMT & SCHUNISZA Special Slide
Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan slide show yang mengandungi koleksi - koleksi gambar aktiviti sepanjang tahun 2010 yang lepas. Hayati slide show ini dan semoga kita kekal bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini :)
Peneraju Warisan Mutlak!! :)
Peneraju Warisan Mutlak!! :)
Label:
Cekak Hanafi UMT,
Demo,
Pandai Silat,
Silat Cekak Hanafi,
UNISZA
Selasa, 25 Januari 2011
Koleksi Gambar Sekitar Wajadiri 2010
Rabu, 19 Januari 2011
Pendaftaran Ahli Baru
Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ini PSSCUHUMT telah membuka kaunter pendaftaran bagi menarik minat ramai lagi warga UMT untuk menyertai PSSCUH. Kaunter ini telah dibuka selama tiga hari dari 16/1/2011 hingga 18/1/2011 iaitu hari Ahad hingga hari Selasa.
Selain daripada itu semua ahli yang baru mendaftarkan diri pada hari tersebut akan menghadiri Majlis Ijazah Asas pada hari Jumaat ini 21/1/2011. Majlis Ijazah Asas ini adalah salah satu aktiviti daripada Program Jom Pandai Silat UMT yang dianjurkan oleh PSSCUHUMT.
Saya sebagai wakil PSSCUHUMT berharap semua yang telah mendaftarkan diri akan menghadirkan diri pada Majlis Ijazah Asas tersebut bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Diharapkan semua aktiviti yang akan berlangsung semasa Program Jom Pandai Silat akan berjalan dengan lancar dan jayanya,InsyaAllah.
Sekian.
p/s: Program Minggu Jom Pandai Silat UMT akan berlangsung bermula malam 20/1/2011 hingga 22/1/2011.
Sabtu, 6 November 2010
SeLaMaT MenGhAdApi PePerIkSaaN
Assalamualaikum..sy sbg wakil kepada ahli PSSCUH UMT ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua ahli PSSCUH UMT dan UniSZA dan sesiapa sahaja yg bakal menghadapi peperiksaan..Semoga tenang dalam mengharungi cabaran dunia.Semoga berjaya dalam peperiksaan.Berusahalah selagi mana terdaya dan bertawakallah untuk hasil yang sempurna..Semoga anda semua dapat menghadapi peperiksaan dengan baik dan mendapat keputusan yg cemerlang..Kepada yang mengambil FYP (Final Year Project),sy ucapkan selamat berjaya...
Rabu, 27 Oktober 2010
Demonstrasi Silat Cekak Hanafi di UNISZA (26 Oktober 2010)
Assalamualaikum semua. Kali ini saya bawakan laporan terbaru sempena demonstrasri Silat Cekak Hanafi di Dewan UNISZA sempena majlis penghargaan dan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang diadakan pada 26 Oktober 2010 iaitu tadi. Demonstrasi itu disertai oleh 16 orang ahli tamat Silat Cekak Hanafi, 13 ahli dari UNISZA manakala 3 orang ahli lagi dari UMT.
Sebagaimana dijangka, demonstrasi itu mendapat sambutan meriah dari seluruh penontan dan kami agak teruja dengan sambutan yang diterima. Apapun sila hayati koleksi - koleksi gambar yang sempat diambil. Video demonstrasi akan menyusul kemudian berikutan video tersebut masih belum diambil dari ahli di UNISZA.






























Pakai tak pakai, tak pakai pakai.
PandaiSilat @ CekakHanafi http://www.cekakhanafi.com/
Sebagaimana dijangka, demonstrasi itu mendapat sambutan meriah dari seluruh penontan dan kami agak teruja dengan sambutan yang diterima. Apapun sila hayati koleksi - koleksi gambar yang sempat diambil. Video demonstrasi akan menyusul kemudian berikutan video tersebut masih belum diambil dari ahli di UNISZA.






























Pakai tak pakai, tak pakai pakai.
PandaiSilat @ CekakHanafi http://www.cekakhanafi.com/
Langgan:
Catatan (Atom)


































