Khamis, 23 September 2010

Salam Aidilfitri buat semua


Selamat datang bulan syawal. Dikesempatan ini pihak organisasi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi  UMT ingin mengucapkan Salam aidilfitri , maaf zahir dan batin  terutama kepada pengunjung blog PSSCUH UMT , ahli2 silat cekak hanafi UMT sendiri  dan juga ahli2 persatuan  silat cekak hanafi dari semua cawangan.

Suka untuk kami berkongsi disini, tahukah kalian hari raya bukan hanya dirai pada 1 syawal???

Daripada Anas b Malik ra, beliau berkata, org beriman itu mempunyai 5 hari raya:


  • Setiap hari beliau bergaul dengan ramai org terutama dgn org beriman sedangkan dia tidak pun melakukan dosa yg menyakiti mereka, maka itu adalah hari raya baginya.
  • Hari dia meniggal dunia dgn membawa bekalan iman, syahadah dan terpelihara dr tipu daya syaitan .maka itu adalah hari raya baginya
  • Hari dia menyeberangi titian shirat, selamat dari huru hara qiamat serta selamat dari malaikat Zabaniah, maka itu hari raya baginya.
  • Hari dia dimasukkan ke syurga dari neraka jahanam.
  • Hari disaat dia dapat melihat tuhannya.
Menarik bukan?

Mentelah kita berada di bukan syawal mulia ini, kita disunatkan untuk berpuasa enam hari di dalamnya selaras dgn hadith nabi saw:

"Sesiapa yg berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa itu dgn puasa 6 hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh) " ( hadith riwayat muslim) 

Justeru itu, marilah kita sama2 mampertingkatkan amalan kita dan terus beristiqamah dgn amalan kita pada bulan Ramadahn yg lalu...semoga rahmat dan redha-Nya sentiasa bersama kita semua.