Jumaat, 6 Ogos 2010

Majlis Ijazah Asas & Tamat (6 Ogos 2010)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Assalamualaikum semua. Sudah sekian lama blog ini tak diupdate disebabkan cuti semester di kedua - dua buah universiti di Kuala Terengganu iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) baru - baru ini. Sejurus kedua - dua universiti ini dibuka terus berlangsung kejohanan Wajadiri peringkat kebangsaan di UIA jadi memang agak padat jadual masing - masing. Berbalik kepada soal ijazah pada kali ini iaitu ijazah asas dan tamat, seramai 10 orang dari UMT dan 33 orang dari UNISZA terlibat dalam ijazah asas dan bagi ijazah tamat pula seramai lebih kurang 10 orang terlibat. Majlis ijazah berlangsung di Kompleks Kuliah 7 di UMT. Boleh dikatakan ijazah pada kali ini agak ramai dan meriah berbanding sebelumnya. Esok pada hari Jumaat malam iaitu pukul 8.30pm akan diadakan latihan seperti biasa di Kompleks Kuliah 8 di UMT. Jadi ianya merupakan kelas pertama untuk ahli - ahli asas yang baru ijazah pada hari ini. Diharapkan supaya semangat yang ada dalam diri masing - masing terus berkekalan dan tidak sesekali luntur. Sekian dari saya.