Rabu, 26 Ogos 2009

PINTAR HANAFI 1: Ahlan wa sahlan ya ramadahanul karim

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Dalam konteks kita sabagai umat islam, adalah wajib kita menunaikan fardhu puasa yang merupakan rukun islam yang ke -3. Sedih apabila ada segelintir umat islam kini yang memandang puaser adalah satu bebanan yang perlu ditanggung selama sebulan. Sesunggunye sahabatm setiap apa yang Allah perintahkan tidak pernah ada yang sia2. Disini suka untuk saye berkongsi satu artikal dari Bahagian Kesihatan Awam , MOH. saya ringkaskan disini,

" melalui kajian sains, didapati BERPUASA akan menurunkan kADAR GLUKOS DARAH dan TEKANAN DARAH, khasnyer tekanan darah sistolik dan juga LIPID dalam darah. antara lain puasa juga dapat menurunkan BERAT BADAN. Dalam suatu KONGRES ANTARABANGSA yg bertemakan "kesihatan dan ramadhan"di Casablanca. Morocco, 1996, pakar2 dari seluruh duniatelah membentangkan lebih kurang 50 kajian. KESEMUA KAJIAN itu mengesahkan PUASA DAPAT MENCEGAH DAN MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT YANG DIHADAPI OLEH MANUSIA (INSYAALLAH). kesimpulan dari congress ini, 4 fadhilat puaser dari konteks kesihatan yg jelas telah dibuat iaitu puaser dapat menurunkan; gula dalam darah, tekanan darah, lipid dalam darah dan obesiti. Samada kita sedar atau tidak, keempat2 penyakit ini adalah penyakit utama dunia kini. SUBHANALLAH..betapa Sayangnya ALLAH pada kiter"

dalam bulan ramadhan juga, sunat seperti memperbanyakkan membaca al-quran ( hari bukan ramadahn pun jgn luper bacer!) dan bertarawikh. dari sudut psikologi nyer, bacaan al-quran dapat meningkatkan daya ingatan dan ketenangan jiwa. dan solat tarawikh pulak dalam satu kajian, mampu membakar rata2 10 kalori tenaga setiap rokaat disamping meningkatkan kesihatan otot , tulang dan sendi. SUBHANALLAH.

Sebagai penutuppintar hanafi 1, renugkanlah bersama sebuah hadith betaraf hasan sahih ini,

Rasulullah saw bersabda:

maksudnya" berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa2 dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga"

continuee...pintar hanafi 2..

sebarang pembetulan atau komen sangat dialu2kan..

post by: asrar_insan

Khamis, 13 Ogos 2009

Lagu Rasmi Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak

Penuh kesetiaan dan perpaduan
Kita junjung hasrat semua
Kepada guru, ibu dan bapa
Jasamu tetap dikenang

Kita menjaga keselamatan diri
Penuh semangat yang suci
Dengan asuhan jasmani dan rohani
Itulah amalan kami

Kita bersatu bicara benar
Tindak dengan bijaksana
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Peneraju warisan mutlak

Kita berani dan beramanah
Mendukung wawasan mulia
Seni budaya pusaka kita
Untuk bangsa, agama dan negara


Assalamualaikum semua...

Saya dah letakkan video klip lagu rasmi Silat Cekak Hanafi iaitu Peneraju Warisan Mutlak kat sini. Diharapkan semua ahli dapat menghafal dan menghayati dengan fasih lagu ini kerana ianya akan membuatkan kita lebih bersemangat dan menyayangi persatuan Silat Cekak Hanafi ini. Memang la agak susah mula - mula nak hafal, tapi dulu saya hafal dalam masa 30 minit je. Lagu ni ringkas sangat, kalau kira betul - betul ada 1 minit 30 saat je. Mula - mula saya nak letak lagu je n bukan video tp disebabkan video ni ada sekali dengan lirik jadi lebih senang untuk para ahli menghafalnya. Lagu ni ada banyak maksud tersirat tau, mula - mula dapat hafal tu memang la xada rasa ape tau, nanti bila dah fasih n dapat hayati semua makna kita akan bangga dengan perjuangan kita ini.

Jom kita hafal k, nanti kita nyanyi lagu ni sama - sama kalau ada kesempatan. Kita nyanyi ramai - ramai sebagai satu kumpulan yang penuh bersemangat... ok!!!!

Kelas Latihan 12 Ogos 2009


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kelas latihan kita pada petang tadi iaitu pada 12 Ogos 2009 bertempat di bawah perpustakaan UMT telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih kurang 20 orang menghadiri kelas latihan tersebut. Ahli lelaki lebih kurang 10 orang dan begitu juga ahli perempuan. Apa yang menarik hari ini ialah kelas latihan semakin meriah dengan kehadiran ahli yang agak ramai berbanding sebelumnya di mada ada ahli yang tidak turun latihan dan sebagainya. Dapat disaksikan juga semangat ahli peringkat asas begitu kuat untuk mempelajari silat ini sehingga menjadi over excited dan tidak sabar - sabar untuk membuat buah yang dipelajari rakan mereka dalam latihan. Diharapkan semangat positif begini dapat berterusan demi memantapkan lagi kedudukan Silat Cekak Hanafi di Universiti Malaysia Terengganu ini.

Hari ini ahli asas mendapat asas Buah Pertama dan asas Keputusan Gayung Fatani dari penyelia kelas kita iaitu Abang Halim. Walaupun pergerakan kebanyakan ahli masih lagi agak janggal kerana masih belum membiasakan diri dengan pergerakan silat namun telah banyak perubahan dapat disaksikan dari pergerakan mereka berbanding sebelum ini. Tahniah diucapkan atas semangat perjuangan yang ditunjukkan. Sekian dari saya, terima kasih.

**** Kelas latihan hari ini adalah yang terakhir pada minggu ini, UMT akan bercuti selama seminggu dan kelas latihan akan disambung selepas cuti, semoga semua ahli sentiasa dalam perlindungan dan keredhaan Allah S.W.T, amiin... Selamat bercuti, nanti kita jumpa lagi *****

Rabu, 12 Ogos 2009

AL-FATIHAH....

Assalamualaikum.

Untuk makluman, Pn Hjh Halimah ( isteri Tn Hj Md Nasir : Presiden PSSCUHM ) telah kembali ke rahmatullah pada tengahari semalam. ( 10/8/2009). semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allayarhamah. Amin..

post by: vp1


Sabtu, 8 Ogos 2009

Kelas Latihan 8 Ogos 2009


Perhatian : Gambar Di Atas Sekadar Hiasan, Bukannya Gambar Kelas Latihan Semalam.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Kelas latihan kita semalam telah berjalan dengan lancar sekali.. Kelas latihan yang bertempat di Kompleks Kuliah 9 tetap dihadiri ramai ahli sama ada ahli tamat mahupun ahli asas walaupun lokasi itu agak sukar dicari dan dalam keadaan hujan renyai - renyai. Saya tidak sempat mengira jumlah ahli yang hadir semalam tetapi saya anggarkan lebih 20 orang ahli perempuan dan lelaki yang menghadirkan diri semalam. Aktiviti pertama yang diadakan sebaik sahaja memasuki kelas latihan adalah mengalihkan semua kerusi ke tepi dinding. Kali ini kami tidak mengangkat dan memasang matress kerana kami mengadakan latihan di atas karpet. Kelas latihan semalam menyaksikan ahli - ahli asas yang baru mendapat 2 lagi kaedah iaitu C dan D dari Abang Halim iaitu penyelia kelas latihan di UMT dan UDM. Masing - masing begitu tekun untuk mendapat buah yang seterusnya walaupun masih ada lagi ahli asas yang belum membiasakan diri dengan cara tumbukan yang biasa digunakan. Manakala bagi ahli tamat pula, mereka mendapat sebahagian habuan besar yang ditunggu - tunggu sebelum ini iaitu kaedah - kaedah tamat. Masing - masing begitu bersemangat untuk mendapatkannya sehinggalah perasaan itu bertukar menjadi berdebar - debar dan diakhiri dengan beberapa kecederaan ringan dan kepuasan hati setiap ahli tamat. Bagi ahli tamat mereka telah mendapata keputusan "Elak kena, tangkis makan", keistimewaan Silat Cekak Ustaz hanafi iaitu bila Cekak Hanafi menyerang jika musuh mengelak pasti kena dan jika musuh menangkis pasti dimakannya..

Tahniah diucapkan kepada semua ahli sama ada asas dan tamat kerana sanggup datang ke kelas latihan walaupun agak jauh dan dalam keadaan hujan. Diharapkan kita semua dapat mengekalkan semangat sebegini. Dan pastikan kita tidak malas untuk ke kelas latihan walaupun sebahagian ahli sudahpun sampai ke peringkat tamat, banyak lagi yang perlu dipelajari. Dan jika anda menyangka anda sudah lengkap maka anda akan rugi.. Sekian terima kasih...

Hidup Cekak Hanafi UMT!!!

Dipost oleh : Zahir

Rabu, 5 Ogos 2009

Kelas Latihan 5 Ogos 2009


Assalamualaikum...

Petang ini merupakan kelas pertama bagi ahli2 baru ijazah asas di UMT. Seperti biasa kelas latihan diadakan di bawak perpustakaan UMT.... Seramai 13 orang menghadirkan diri hari ini termasuk Halim dari UDM untuk menggantikan tempat Abg Halim iaitu penyelia kelas yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari ini. Seramai 4 orang ahli asas lelaki, 3 orang ahli asas perempuan, dan 5 orang ahli tamat lelaki menyertai kelas latihan tersebut. Masing2 mendapat Kaedah A dan Kaedah B dari Halim.. Pada kelas berikutnya, kelas latihan akan diadakan di KK9 iaitu pada hari Jumaat malam nanti... Ahli - ahli yang tidak menghadirkan diri pada hari ini diharap dapat menghadirkan diri pada kelas yang berikutnya...

Kesimpulan pada kelas kali ini :

  1. Setiap ahli perlu mahir mengamalkan latihan tangan pertama, kedua dan latihan kaki. Walaupun nampak remeh tapi latihan - latihan ini amat berguna untuk membiasakan diri kita dengan pergerakan tangan dan kaki untuk buah - buah yang akan dipelajari. Seelok - eloknya latihan tangan ini hendaklah diamalkan setiap hari. Paling kurang pun selepas bangun dari tidur, apabila selalu dibuat akan jadi kebiasaan dan senang untuk membuat segala buah yang akan diberi nanti.
  2. Kaedah - kaedah adalah amat penting dalam Silat Cekak Hanafi kerana kaedah adalah asas kepada semua buah yang akan dipelajari nanti. Setiap ahli seharusnya mahir, kemas dan cepat dalam melakukan kaedah kerana setiap buah menggunakan kaedah - kaedah yang dipelajari pada peringkat awal. Setiap ahli hendaklah berlatih membuat kaedah walaupun dengan ketiadaan pasangan untuk berlatih silat, teknik ini yang lebih dikenali sebagai "shadow" mampu membuatkan kita ingat dengan mendalam segalah kaedah dan seterusnya dapat membuat kaedah dengan kemas dan pantas apabila menerima serangan.

Marilah kita renungkan ungkapan yang saya dengar dari Abang Abu Huzaifah (bekas setiausaha agung SCH), tetapi saya tidak pasti sama ada beliau mengambil ungkapan ini dari orang lain, cuma yang penting kita dapat memahami maksud yang tersirat dalam ungkapan ini : Silat ialah menggerakkan dua tangan dan dua kaki dengan akal yang waras dan hati yang tenang.

Sekian, terima kasih..

Dipost oleh : Zahir

Ahad, 2 Ogos 2009

Majlis Ijazah Asas & Tamat (31 Julai 2009)


Gambar bawah - Bekas YDP UDM Shafrizal (kiri) dan bekas YDP UMT Muadz (kanan)





Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah pada 31 Julai 2009 baru - baru ini telah berlangsung dengan jayanya majlis ijzah asas dan tamat Silat Cekak Hanafi antara 2 buah universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Majlis bertempat di blok Othman di UDM. Antara yang hadir adalah penyelia kita iaitu En. Halim bin Che Rose, Guru Utama Silat Cekak Hanafi iaitu En. Marui@Marwi bin Latif atau dikenali sebagai Abang Joe, beberapa orang dari ibu pejabat Silat Cekak Hanafi, Abang Wan serta ahli - ahli tamat yang lain, serta ahli - ahli baru dan ahli - ahli yang bakal tamat. Seramai 65 orang dari UDM menyertai Ijazah Asas dan 21 orang menyertai Ijazah Tamat manakala 10 orang dari UMT menyertai Ijazah Asas dan 4 orang menyertai Ijazah Tamat. Ijazah kali ini menyaksikan bilangan kemasukan dan tamat tertinggi sejak beberapa tahun lalu. Ini membuktikan Silat Cekak Hanafi kembali mendapat keyakinan dari ramai orang untuk menyertainya. Diharapkan zaman "sepi" di mana sangat kurang ahli baru menyertai Silat Cekak Hanafi pada setiap ijazah sudah berakhir. Ayuh kita kukuhkan kembali perjuangan kita, majulah Silat Cekak Hanafi untuk semua!!

Kepada adik - adik baru kita selamat datang diucapkan, dan perlu diingat kita adalah bersaudara, jadi berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tiada perasaan pilih kasih di antara kita, kita semua adalah sama. Kami sangat mengalukan - alukan kedatangan anda ke Silat Cekak Hanafi. Selamat berjuang diucapkan kepada anda semua. Pesanan dari saya, kalau nak balajar dan mengadili Silat Cekak Hanafi ini sila la belajar sampai tamat dahulu, insyaAllah jika anda diberi hidayah dari Allah, anda akan nampak keindahan seni silat ini, bukan dari sudut luaran sahaja, tetapi yang paling penting dari sudut dalaman sekali. Nanti sesapa yang dah mula terbuka hatinya utk silat ni sila jawab sambung ayat ni ye "Kita bersilat bukan sekadar silat, ..........................................." . 

Apa yang penting.. Datang ke setiap kelas latihan yang diadakan untuk belajar silat, bukan untuk training sebab kita boleh training sendiri di rumah atau di mana - mana sahaja. Anda akan jumpa benda baru dalam setiap kelas latihan yang anda tak akan dapat bila training sendiri. Satu lagi yang penting adalah aspek kerjasama dan semangat setia kawan. Jadi diharapkan kita dapat menerapkan nilai - nilai murni ini dalam diri kita.

Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli baru yang memilih untuk menyertai Silat Cekak Hanafi ini, saya berharap anda semua dapat ke peringkat tamat, jadikannya salah satu dari cita - cita anda.

Sekian dari saya, terima kasih.

Dipost oleh - Zahir