Khamis, 26 Februari 2009

Kelas Latihan 26 Februari 2009 (5.30pm - 7.00pm)

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah. tamat sudah kelas latihan kita pada hari rabu semalam iaitu pada pukul 5.30 - 7.00 petang.. Kedatangan para ahli semalam adalah biasa2 sahaja dengan kehadiran ahli perempuan sebanyak lebih kirang 11 orang, manakala ahli lelaki adalah 7 orang. Kelas latihan semalam berjalan agak rancak berikutan masing2 sudah mendapat pasangan yang ideal (bermaksud sesuai dari segi fizikal, psikologi dan fisiologi, tetapi hanya lelaki dan lelaki dan perempuan dgn perempuan, dan tidak juga membawa sebarang maksud yang pelik2). Sebagaimana dikatakan rancak, kelas semalam agak ceria walaupun tidak sekecoh kelas minggu lepas. Kelas latihan semalam menyaksikan 2 orang basah kunyup berikutan training ala2 ganas walaupun xseganas yang dirancangkan. Terutamanya 2 orang 'samseng' utama iaitu saya dan Jue (atau nama glamournye Hafiz atau yang xbrape glamour Hafizul). Kami membalas dendam sesama sendiri. Peluang yang paling kami nantikan adalah ayat "tukar serangan". Ayat itu walaupun singkat tetapi membawa seribu makna bagi kami sbb ayat itu menandakan prinsir "setiap perbuatan pasti ada balasannya". Jadi peluang yang muncul tersebut digunakan sepenuhnya untuk membalas balik segala kekejaman pasangan terhadap diri penyerang. Namun semalam terdapat juga istilah pelik yang xpernah didengar oleh sesiapa iaitu perkataan 'cucur'. Perkataan itu amat menghairankan sesiapa yang mendengarnya. Dan semalam ada seorang yang menyuruh saya mengambil gambarnya kerana gambarnya masih belum ada dalam database saya. Dia kelahiran sabah, ini membuktikan bahawa SCUH mempunyai keahlian di seluruh negara.

Agenda kelas latihan semalam :
1) Memperkukuhkan buah2 asas dan jatuh.
2) Membayar yuran untuk mengambil ijazah jatuh, sape xbayar minimum RM35.30 xleh ijazah.
3) Membincangkan cara dan kos pengangkutan ke UDM utk ijazah jatuh.
4) Berbincang dgn penyelia (Abg Halim) mengenai demo yang dijemput oleh VIP mane ntah.
5) Mengeratkan hubungan sesama ahli.

Seperti biasa semalam terdapat beberapa orang yang disyaki, mereka menaiki kenderaan bernombor plat KAH8321 (Honda EX5 biru) dan TAK???? (Yamaha Ego). Usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek. Sesiapa yang mempunyai maklumat sila hubungi presiden kita iaitu Ameer (orang paling di dalam bumi).

Dan semalam juga menyaksikan 4 orang yang sehati sejiwa betandang ke restoran untuk menhilangkan dahaga selepas kelas latihan. Di kesempatan itu juga kami masih sempat bergambar di depan khalayak ramai tanpa rasa malu. Kunjungan ke restoran itu menggunakan 3 buah motorsikal dengan salah seorang dari mereka menumpang motorsikal kerana tayar motorsikalnya bocor dan tersadai / terdampar/ bergelimpangan di rumah sewanya.. Terdapat sedikit komplikasi semalam apabila kami keliru untuk membayar bayaran air yang dibeli. Namun mujurlah kebijaksanaan tauke restoran itu berguna dalam menyelesaikan masalah ini. Kalau semua ahli datang lagi best...


Sekian laporan saya... Sama2lah kita majukan SCUHUMT!!! Kita semua bersaudara!!!

Dipost oleh Zahir

Ahad, 22 Februari 2009

Latihan Demonstrasi Silat Cekak Di UDM (Dibatalkan)


Assalamualaikum semua..
Seperti sedia maklum UDM akan mengadakan malam Usuluddin di dewan kecil UDM. Dengan itu Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UDM telah meminjam atau mengimport atau memohon atau menyewa beberapa orang ahli dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UMT untuk membantu mereka menjayakan jemputan demontrasi tersebut. Maka dengan rela hati beberapa orang ahli dari UMT telah menyerahkan nama serta status kerakyatan mereka.

Mengikut perancangan awal 4 orang ahli dari UMT akan menyertai ahli - ahli UDM dalam demo tersebut iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Nama 2 orang ahli perempuan itu masih belum dapat saya pastikan manakala yang lelaki itu bernama Hafiz (suspek dipercayai menaiki motor Yamaha RXZ bornombor plat 'WGS') dan seorang lagi bernama Muadz (suspek berkenderaan Charade merah). Malangnya pada saat - saat akhir kedua - dua pahlawan tersebut tidak dapat menyertai demo tersebut atas sebab - sebab yang tak dapat dielakkan. Justeru itu (skema gler bahasa), hanya 2 orang wakil dari UMT yang menyertai demo tersebut.

Semalam telah berlangsung majlis latihan untuk buah - buah demo di UDM setelah tamat kelas latihan untuk ahli - ahli buah asas - asas dan jatuh. Peringkat pertama diadakan di dalam blok Othman 4, di sini latihan tertumpu kepada kaedah - kaedah (kaedah A, B, C, D) dan buah jatuh (buah pertama, buah kilas belakang, buah kilas hadapan dan buah hempok). ahli perempuan hanya melakukan buah asas manakala ahli lelaki meneruskan buah sehingga jatuh dalam kiraan 1 (asas), 2 (jatuh) dan 3 (kembali ke kedudukan asal). Ahli lelaki yang melakukan buah jatuh terdiri dari 4 orang manakala ahli perempuan pun 4 orang jugak. Komanden kem ialah Hafiz (pembantu tadbir UDM). Pengajaran pada peringkat ini ialah mase nak serang kene jerit "Ciss!!" dan bukannya "Peace~~", "Cheese~~" dan lain2 yang bersifat tidak keterlaluan.

Pada peringkat kedua latihan diadakan di atas rumput yang menghijau di antara blok. Latihan ini turut disaksikan oleh penyelia kita iaitu Abg Halim. Pada peringkat ini kami berlatih lanjutan dari kaedah - kaedah dan buah jatuh iaitu buah pisau, serangan kaki, serangan tongkat dan serangan umum (papan sekeping). Hero dalam peringkat ini bernama Hafiz, iaitu Hafiz UDM dan Hafiz pembantu tadbir UDM. Hafiz UDM adalah hero untuk serangan kaki manakala Hafiz pembantu tadbir UDM adalah hero untuk serangan pisau dan serangan umum. Bermacam - macam aksi lucu dapat dilihat semalam antaranya Hafiz UDM sebak dan terharu kerana tersilap dapat buah yang betul - betul dari Hafiz yang seorang lagi. Saya balik dengan baju dan seluar berwarna tanah sbb berguling - guling mase training pisau.

Hari ni ada latihan demo kat UDM lepas Asar, so nanti saya cerita lagi ye... Nak gi training dulu..

Emm.. harap maaf... Demo SCUH di UDM telah dibatalkan sbb xdapat kelulusan dari pihak atasan.. Huhu sedih btol... :( . Berita sedih ini diterima dari Hafiz melalui sms...

Dipost oleh : Zahir

Jumaat, 20 Februari 2009

Kelas Latihan 20/2/2009

Assalamualaikum..
Seperti sedia maklum kelas latihan SCUHUMT telah diadakan seperti biasa pada hari ini... Alhamdulillah kehadiran ahli hari ini boleh dikatakan agak baik kerana ramai yang menghadirkan diri (lelaki kenape sikit sangat?) Kehadiran para muslimah agak baik dengan jumlah kehadiran lebih kurang 14 orang. Malam ni training dirasakan agak berat skit la sbb ijazah potong dah dekat, minggu depan je.. Ramai jugak yang xdapat buah jatuh sampai habis.. Mujur la ada Abg Zul utk tolong Abg Halim bagi buah kat ahli. Dan pada akhir sesi latihan malam ini terdapat beberapa rumusan penting, walaupun terdapat gangguan dari persembahan muzik luar biasa dari golongan - golongan yang pelik :

1) Yuran kene bayar secepat mungkin (sebelum ijazah potong) sebanyak RM95.30 (4 bulan x RM15.00 + RM35.30).
2) Kalau nak rasa kelebihan Silat Cekak Ustaz Hanafi sila belajar sampai tamat.
3) Pada peringkat asas dan jatuh yang menunggu menang, pada peringkat potong yang menunggu kalah sebaliknya yang menyerang menang (Pakai tak pakai, tak pakai pakai).
4) 99% Peratus buah Silat Cekak Ustaz Hanafi adalah menunggu manakala 1% peratus lagi adalah menyerang.
5) Kalau ligamen kat buku lali putus memang xleh jalan lagi dah.
6) Pengenalan blog ini kepada para ahli.
7) Kelas latihan akan diadakan pada petang Jumaat ini untuk berlatih buah sempena ijazah potong nanti.
8) YDP cakap bas xconfirm lagi untuk ijazah, so kalau xde bas persatuan akan sewa van untuk ke majlis ijazah di UDM.

p/s: minggu lepas Abg Halim ada pesan bawak buku catatan & pen, tp hari ni xnampak pun... hehe :p

Dipost oleh : Zahir

Gambar - Gambar Yang Lama Tapi Tak Terlalu Lama

Assalamualaikum... kat sini saya letakkan link ke album gambar - gambar yang kita ambik dulu masa malam lepas elas latihan. Tapi kalau anda semua nak gambar yang lebih besar untuk print sila mintak dengan saya. Tp sekarang ni dapat transfer lagi sebab i'm a little bit busy.. Ni link die : http://www.facebook.com/album.php?aid=8635&id=1608652074&l=45f05 .. Emm exco2 bleh delete post ni kalau rasa xperlu :) ... Sekian terima kasih :)

Demonstrasi Silat Cekak Ustaz Hanafi Sempena Minggu MPP















Assalamualaikum.. Pada 14 Februari 2009 baru ini telah berlangsung Minggu MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) UMT. Sempena aktiviti tersebut pihak MPP UMT menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UMT untuk melakukan persembahan demonstrasi. Demonstrasi berlangsung pada pukul 9.00 pagi selepas aktiviti aerobik dan persembahan demonstrasi dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Demonstrasi yang berlangsung behampiran pintu pagar utama UMT itu disertai oleh 10 orang pesilat dari PSSCUH UMT termasuk 4 orang yang diimport dari UDM (Universiti Darul Iman). Antara elemen - elemen demonstrasi yang ditunjukkan adalah persembahan kaedah, buah jatuh, pisau (lelaki), tongkat (wanita), serangan kaki (lelaki), umum kosong (wanita) dan umum senjata (kaki). Persembahan itu mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga UMT. Diharapkan lebih ramai yang berminat untuk menyertai Silat Cekak Ustaz Hanafi. Sekian..

p/s: kalau nak tengok lagi banyak silakan masuk link ni : http://www.facebook.com/album.php?aid=9424&id=1608652074&l=aebb7 ... semoga anda semua ceria selalu... Hidup Cekak Hanafi!!

Assalamualaikum

Assalamualaikum.. Saya zahir.. Harap maaf, blog ini baru saja dibuka.. jadi sedikit masa diperlukan untuk menhiasnya.. Teruskan sokongan anda terhadap Silat Cekak Ustaz Hanafi